Hari ini mai kita masak sayur-sayuran dgn cara terbaik...Masakan sayuran 'ala masakan Cina biasanya menggunakan dua jenis sos, ia itu sos putih dan sos perang (white sauce and brown sauce). Minyak bawang putih adalah rahsia masakan cina yang mengharumkan gorengan sayur. Minyak bawang mudah disediakan dengan mengetuk dua tiga ulas bawang putih. masukkan dalam minyak masak dan panaskan diatas air panas/double boiler. Simpan minyak itu dalam botol.
Cara gorengan 'ala masakan Cina: Masukan bawang putih yang dihiris halus, kemudian masukkan bawang dihiris halus. Bila haruman mula keluar, masukan sayur. Bila sayur sebati dengan bawang putih dan merah buat kolam di tengah sayur, masukakn sos dan goreng dalam 1 minit. Sayur anda telah siap. Gorengan seperti ini akan megekalkan rasa sayur dan juga tekstur sayur. Ia lebih garing tetapi cukup masak. Mamak Haji akan beri resepi kedua sos ini sebentar lagi.
No comments:
Post a Comment