TEH KAYU MANIS (Home made) | Resepi minuman kesihatan ~
Kayu manis atau nama orang putihnya “Cinnamon” adalah sejenis herba yang di gunakan berkurun lama terutamanya di kalangan orang asia.
Selain untuk menyedapkan makanan, ia juga mempunyai fungsi :
~ Natural Antibiotics
~ Menstabilkan gula dalam darah.
(Journal of Diabetes care menunjukkan kawalan gula yang lebih
baik untuk pesakit diabetes selepas 40 hari mengamalkannya)
~ Menstabilkan insulin & mengurangkan pengumpulan lemak tubuh
~ Menurunkan kolestrol
~ Mengandungi Fiber, Zat besi, Manganese dan Kalsium yang tinggi
~ Anti-spasmodic - mengurangkan kembung perut, gastrik, loya
~ Mengurangkan radang sendi
~ Mencegah kanser (lymphoma)
~ Mengurangkan stress
Cara-cara membuatnya :
Masukkan 1/2 sudu serbuk kayu manis dalam satu mug air panas.
Biarkan seketika sehingga agak suam +
campurkan 1/2 sudu madu tulen.
(Air yang terlalu panas akan merosokkan nutrisi dalam madu)
Atau juga boleh dicampurkan dengan Green tea anda
No comments:
Post a Comment