Pernah satu malam masa kami program di masjid dalam bulan puasa. Bersama saya seorang anak muda yang perangainya agak kurang menyenangkan ramai orang.
Kadang-kadang tengah malam dia bangun dan habiskan lauk untuk sahur. Jadi waktu sahur kami terkejut tiada lauk
Dia kuat makan, kuat tidur, kuat berdengkur.
Tapi satu malam dia bangun tahajud dan duduk di sisi ketua jemaah kami. Dia baring diriba. Kemudian dia minta untuk ajarkan mengucap syahadah. Dia minta maaf dan minta sampaikan salam pada semua.
Selepas dia mengucap dia meninggal dunia. Kemudian kami uruskan jenazahnya pagi esoknya.
Siapa tahu, kadang-kadang ada orang yang begitu perangainya tapi rupanya dia lebih baik dari kita di sisi Allah.
Kita belum tahu kesudahan kita. Ya Allah bagaimanalah kesudahan diriku ini. Kita sentiasa dinilai oleh Allah bagaimana untuk kita dimatikan.
Teruskan dakwah, korban, sangka baik, menangis untuk umat seperti Nabi saw dan sahabah. Sedihnya bila hidup masih belum dapat cinta Allah sebenarnya. Dah habis usia..
Akhirnya satu penentuan menentukan segala kejayaan kita bila Allah isytiharkan keredhaan Allah kepada kita. Itulah harga segalanya.
No comments:
Post a Comment