Sayu mendengar seorang sahabat dari selatan thai. Dia cerita kerja dia sebelum ini sambil sedih dan menangis. Dia jual dadah tapi masukkan dalam mayat budak-budak susah dan terbiar. Dia belah perut budak tu kemudian masukkan dadah dan jahit supaya tidak dikesan.
Ya Allah kejamnya bila tiada iman. Dan tidak rasa kebesaran Allah. Sehingga lebih hina dari haiwan.
Tidak pernah ada orang berani ajak dia kepada kebaikan. Satu hari orang berdakwah dari masjid ziarahnya.
Rumahnya 2 tingkat. Bawah batu atas kayu. Dia tanya dari atas kenapa sibuk nak jumpa saya. Kata orang tu, saja rindu nak ziarah kita saudara satu agama. Tuan orang mulia.
Dia tersentak dengan perkataan tuan saudara yang mulia. Dia turun dan ajak orang tadi masuk. Habis cerita dia terus ikut solat maghrib di masjid. Dengar tazkirah iman dan amal. Dia sedia belajar iman selama 3 hari.
Kemudian kerana semangat dia sambung lebih lama. Bila pulang dia terus tinggalkan kerja sebelum ini. Dia berubah dan telah ajak sangat ramai kumpulannya yang jahat dan banyak yang bertaubat.
Kawan saya ini telah bertaubat dengan sebenarnya. Siapa tahu rupanya dia adalah permata 1 dalam jutaan umat ini.
Ya Allah kelalaian kita orang Islam meninggalkan dakwah sehingga ribuan umat telah mati tanpa agama dan jauh dari kehidupan Islam.
Apakah raya korban ini tidak memberi kesan dalam hati kita? Berapa kali raya korban lagi diperlukan untuk bangkitkan umat yang sedang tidur ini. Ya Allah maafkan kami.
No comments:
Post a Comment