Thursday, October 10, 2013

lasagna ala mamak haji

RESEPI LASAGNA DAGING Bahan utama ialah kepingan Lasagna segera. Celupkan dlm air sebelum digunakan. Dlm buat lasagna ini ada dua sos yg penting. Sos putih yg digunkan utk melekatkan kepingan dan juga sos merah yg dikatakan inti mcm sanwich. Sos merah biasa boleh buat dgn daging cincang (beli yg dah siap pun boleh) atau pun dgn daging ayam cincang. Sos merah ini kita boleh gunakan sos pasta berjenama 'prego' atau pun ikut style mamak haji guna tomato puri dan sos cili saja. Ini kena fahamkan betul yea. BAHAN-BAHAN: Buat Inti Merah. 600gm daging cincang (MH guna Azmy). 1 tin cendawan butang dlm tin (MH tak guna kerana anak-anak tak suka). 1 biji bawang labu kuning diptg dadu (Mat salleh suka bawang ini). 3 ulas bawang putih diketuk dan cincang halus. 1 sudu besar (tbsp) butter dan 1/2 sudu besar minyak masak..takut butter terbakar pulak nanti. 1 sudu besar keju Mozarella bagi wangi sikit. 1/2 sudu kecil (tsp) lada hitam kasar. 1/2 sudu kecil serbuk oregano kering..MH pakai herba thymine kering/jemuju je dari baki buat muruku. CARA-CARA MEMBUAT SOS: 1.Mcm biasa panaskan kuali, masukan minyak lepas itu butter. Minyak untuk mengelakan butter terbakar dari pengelaman guna minyak sapi. 2. Masukkan bawang putih diikuti dgn bawang dan tumis layu saja. Masakan mat salleh tak garing cuma layukan saja. 3. Masukkan daging cincang, mcm biasa goreng sehingga air daging hilang dan timbul minyak daging dari lemak daging. MH borink dgn daging cincang ready made ini pasal tipu dibuatbdgn 1/4 bhg. lemak daging. Kalau boleh buang sedikit minyaknya. Kalau Raya Korban guna daging segar je. 4. Bila daging cincang agak masak tuang tomato puri dan cili sos. 5. Kalau nak pakai cendawang masukan. Masukan lada hitam dan serbuk oregano dan garam secukup rasa. Bila masak agak pekat dan ketepikan. CARA-CARA BUAT SOS PUTIH: BAHAN-BAHAN: 2 sudu besar (tbsp) butter dan sedikit minyak masak. 2 sudu besar tepung gandum. 3 kpg Cheese. 250 ml susu penuh krim dutch lady. Garam secukup rasa. CARA-CARA MEMBUAT SOS PUTIH. 1. Panaskan kuali dgn api sederhana, masukan butter dan minyak masak. Bila butter naik panas, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Cara ini utk hilangkan bau tepung je. 2. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan cheese dan kacau sebati sehingga cheese cair. Masukkan garam secukup rasa. 3. Kacau sehingga sos jadi pekat. Sekiranya pekat sgt, tambahkan susu lagi dan kacau. 4. Angkat dari dapur dan tepikan. Cara lapik lasagna: 1. Loyang empat segi yg bersesuain, bubuh sedikit butter. Susunkan lapisan terbawah ini dgn kepingan lasagna yg telah celup air. Susunkan rapat-rapat. Potong ikut size loyang anda. 2. Taburkan sos merah dan selepas itu tuangkan pula sos putih. 3. Taburkan Parmesan dan keju mozerella diats sos putih tadi. 4. Ulang balik cara yg sama sehingga tiga lapisan..Ingat ye last sekali mesti cuma sos putih dan morzerella cheese yg di taburkan lagi banyak lagi best. 5. Panaskan oven dulu pada 180C dan bakar selama 40 minit. Keluarkan dan sejukan dulu sebelum potong. Dah siap Lasagna Daging anda 

No comments: