Wednesday, September 18, 2013

TomYam

Resepi Tom Yam masakan Thai ini ada beribu versi dalam internet, tetapi kebanyakan resepi-resepi ini adalah menggunakan pes tomyam pes segera yang dijual. Cara masaknya boleh dikatakan semuanya sama cuma jumlah bahan kegunaan yang berbedza. Kadang-kala kita berasa jangal untuk masakan untuk seorang dan 50 orang. Sekiranya kita menyediakan pes kita sendiri dari bahan-bahan yang segar dan tanpa pengawet masakan, sudah tentu masakan kita sedap. Mamak haji beri kepentingan utama menyediakan pes-pes ini untuk golongan peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk masak resepi-resepi ini kerana kos beli bahan-bahan masakan yang semakin hari semakin tinggi.
TIP-TIP MASAKAN TOM YAM:
1. Dalam masakan ini, sukatan perencah-perencah guna "Hukum Ibu Jari". Sekiranya gunakan dua cawan air untuk membuat sup tom yam, gunakan 1 helai daun limau purut, 2-3 keping lengkuas segar dan 1 inci panjang serai. Dharabkan saja sekiranya gunakan lebih dari dua cawan kesemua perencah tersebut.
2. Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak. Menggunakan jus lemon dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia Tenggara. Gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda.
3. Masukkan jus limau nipis, cili api (cabai burung) yang segar, daun saderi(cilantaro) atau daun bawang atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegaran asli haruman bahan-bahan tersebut.
4. Sukatan bagi sos ikan Thai, jus limau dan cili padi bagi setiap 1 cawan air 2 sudu besar.
5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren. Warna adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh. Pes ini juga memberi aroma yang amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih, halia dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee atau nasi goreng. Tentang penyediaan Tomyam ini mudah. Jadi mamak haji cuma nak bincang pasal penyediaan pes, "PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO" saja dlm entri satu lagi.

PENYEDIAAN PES NAM PRIK PAO
Bahan-Bahan:
- 40gm (berat tanpa biji) cili kering ambil yg kulit licin bukan yg kerinting. Gunting memanjang keluarkan bijinya.
- 80gm bawang goreng yg dah sedia jual.
- 60gm bawang putih dihiris halus..dan digoreng warna keemasan.
- 2 sudu besar (tbsp) belan bakar..panaskan dikuali. Dan hancurkan.
- 200gm gula Melaka..boleh gunakan gula merah 50% + gula pasir 50%.
- 20gm udang kering.
- 4 sudu besar jus asam jawa pekat (yg asam jawa biji itu gunakan air suam dan tapis cuma utuk gula jgn jadi keras).
- 4 sudu besar sos ikan.
- 1 cawan air.
- 1/2 cawan minyak masak..kita perlukan minyak ini yea.
CARA-CARA:

1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan keringkan minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya. Kisar bawang putih ini dgn bawang goreng dlm anak blender yg haq kecik/ coffee blender.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Belacan yg kita panaskan atas kuali tu dikisar juga.
4. Adunkan semua perencah telah dikisar di atas dengan 1 cawan air, 4 sudu besar asam jawa, 4 sudu besar sos .
5. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Masukkan gula melaka. Sekiranya terlalu pekat sambal boleh tambah sedikit air jika perlu. Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Simpan dipeti sejuk. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.


No comments: