Salam... Jom kita kenali Menu masakan segera ubi kentang ia itu Wedges, French Fries dan Kentang putar atau lenyek. Sebelum kita ke resepi kita kenali sedikit tentang kentang itu sendiri.Cara terbaik Goreng Potatoes Wedges ( kentang Goreng Bebaji?). Ketiga masakan ini begitu popular kini di negara kita. Kini di pesta-pesta boleh dikatakan ramai wanita-wanita yg mencebur diri gemar menjual wedges, french fries, nugget dan lain-lain makanan ringan. Di antara nya ada peniaga baru belajar buat wedges yang lembik dan kesian tengokan wedges itu. Wedges ini diperkenalkan di negara kita oleh KFC dan french Fries pula oleh McD's. Kedua-dua ini adalah seteru dalam restoren makanan segera di negara ini. French fries McD mempunyai keistimewaan sendiri dengan kerangupan, warna kuning keemasan dan rasa yang unik. Sebenarnya kedua-dua makanan segera ini tidak ada resepi yang rahsia cuma sebelum kita ingin tahu resepinya kita perlu tahu sains ubi kentang. Kita kena belajar biologi ubi kentang pulak dah, Mamak haji tak lah pandai sangat tentang Ilmu sains ini tapi bolehlah kita klongsi sedikit apa yang mamak haji tahu ini, bila kita faham tentang biologi kentang barulah kita boleh mengolah resepi, ikut cara kita. Jangan bosan...hahaha!.
Ubi kentang memang diakui dan terkenal untuk sumber karbohidrat. Dalam sebiji kentang sederhana besar mengandungi 26gm karbohidrat. Karbohidrat yang terdapat di kentang dalam bentuk kanji (starch). Kanji yang terdapat dalam ubi kentang ini keistimewaannya tidak bertindak balas terhadap enzim di hasilkan oleh sistem penghadaman di perut atau usus kecil. Biasanya kanji ubi kentang terus ke usus besar untuk membantu mudahkan buang air besar. Ia seakan bersifat seperti Fiber. Dengan sebab ini kentang menjadi sumber terbaik untuk mengatasi masalah, "kanser kolon" dan juga membaiki tolaransi gula dalam tubuh badan untuk orang berpenyakit diabetes (kencing manis) dengan membaiki senstiviti Insulin dan mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Maknanya makan kentang tak jadi gemuklah?. Jadi amalkan makan kentang dari hari ini yang ingin diet.
Bila mamak haji kata, kentang mengandungi kanji yang banyak maka jangan lupa, bila masak atau digoreng, kanji itu akan bertukar kepada gula. Gula ini selalunya cepat hangus bila digoreng. Inilah penyebab utama kentang yang selalunya goreng menjadi kehitaman. Kentang juga dimasak berbagai cara seperti masak lenyek / Mashed potatoes dalam bahasa melayu digelar, "kentatang putar"?. Caranya kentang dibuang kulit,direbus dan dilenyek dicampur susu atau cream (susu mudah jadikan cream). sementara itu anda boleh bakar diketuhar atau dibarbeque, dikukus atau orang kita lebih suka goreng.
CARA MEMILIH KENTANG:
Pilih kentang yang berpermukaan rata, elakan yang retak dan tumbuh tunas. Jangan pilih yang kecut, lembik atau berubah warna dari warna asal. Kentang yang segar anda boleh lihat dari kulit yang mudah terkopak. Kebanyakan nutri kentang berada dibawah kulit (dengan sebab ini orang India masak kentang dengan parrupu bersama dengan kulitnya sekali hahaha!). Bila nak buang kulit, anda perlu kopek kulit kentang senipis yang boleh. Sekiranya terdapat tompokan hijau, dipotong buang kerana dikhuatiri bahagian itu telah diserang kulat. Adalah dikatakan 200 jenis kentang yang berlainan. Di negara kita kebanyakan kentang adalah berasal dari Cameron Highland dan diimpot dari Indonesia. Ada juga kentang diimpot dari Holland dan Australia. Jenis kentang impot seperti, "russet" , ini berkulit tebal, besar dan kandungan kanjinya amat tinggi dan juga kandungan air yang sangat rendah dan sekiranya diadunkan dengan butter atau pun susu, ia cepat meresap. Maka kentang ini lebih sesuai untuk masakan resepi kentang putar atau lenyek. Jenis kentang Yukon Golds pulak, kandungan kanji sederhana dan sesuai untuk semua masakan. Kentang Red bliss pulak strukturnya keras yang sesuai untuk dibuat salad atau boleh dibakar/barbecue. Jenis Desiree potatoes sangat sesuai untuk wedges, chips dan untuk digoreng.
RESEPI KENTANG GORENG WEDGES HERBA BARAT DAN BAWANG PUTIH BERTEPUNG DAN SOS.
- 4 biji kentang jenis russet (kentang ini mahal sikit boleh dapati di hypermarket pemilik omputih). Bersihkan kulit dan potong wedges. Belah dua memanjang ubi dan potong empat bahagian serong 45 darjah setiap separuh ubi. Satu ubi kita buat 8 bahagian. jadilah wedges.
- 3 sudu besar minyak masak kalau takut badan naik pakai minyak zaiton. mamak Haji pakai minyak Murni untuk naikan saham FElda.
- 4 siung (ulas) bawang putih, diketuk dan cincang lumat.dap pemimpin politik kita.
1/2 sudu kecil daun oregano kering.
1/2 sudu kecil thyme kering.
1/2 sudu kecil serbuk cili atau paprika.
1/2 sudu kecil lada putih.
1 sudu kecil garam.
Herba seperti tyme atau oregano yg lebih itu jemur dan simpan dlm botol utk kegunaan akan dtg.
CARA-CARA MEMASAK:
Anda boleh adunkan semua bahan-bahan itu, sapu minyak pada tray pembakar dan lekatkan Foil Aluminium. Susun wedges kentang dalam tray pembakar dengan bahagian kulit kebawah dan terus masukkan dalam ketuhar yang telah di panaskan sedia-kala 220 darjah centigrade atau 425 darjah F. Bakar selama 20 minit, kemudian terbalikan wedges kentang tadi dan bakar semula 25 - 30 minit.
CARA GORENG UBI KENTANG WEDGES BERTEPUNG:
1 cawan tepung gandum.
1 sudu besar tepung beras. (kalu nak berniaga tambah 1 sudu besar lagi untuk kekalkan kekerasan bila sejuk).
1 sudu besar tepung jagung.
1 sudu kecil serbuk baking powder.
1 sudu kecil (tsp) herba kering mat salleh seperti di atas.
Sedikit cili flakes atau serbuk cili pun boleh.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk goreng.
CARA MENYEDIAKAN:
Adunkan semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam sebuahbeg plastik yang berzip atau yang biasa pun boleh.
Masukkan wedges yang telah siapkan seperti mamak haji terangkan pada awal. goncangkan beg palstik supaya tepungnya melekat pada wedges. Simpan di peti sejuk. Panaskan minyak dan goreng.
NOTA: Mamak Hjai lebih suka rebus kentang separuh masak dan buat tepung cair seperti goreng ayam berempah dan goreng macam biasa saja. Rebus kentang separuh masak mempercepatkan lagi kentang itu cukup masak dan tak perlu khuatir kentang hangus.
RESEPI KENTANG PUTAR ATAU POTATOES MASHED.
6 biji kentang russet yang agak besar sedikit.
2 sudu besar (tbsp) butter.Jangan beli butter tiruan yang berperasa butter diperbuat dari minyak sawit. Cari pure butter. Ia agak mahal tapi sedap.
50ml susu, kalau dapat cream lagi sedap tapi itulah mahal!!!.
Secubit lada hitam dan garam secukup rasa. Garam ini payah bagi sukatan ada jenis garam yang halus, kasar, yang masin kuat dan pulak ada yang kuat masin ada yang anti masin. Pandai-pandailah.
CARA- CARA MEMASAK.
Kopek kentang, potong dadu kentang. Rebus, tos air dan lenyek.
Masukan susu, mentega gaul rata, masukkan serbuk lada hitam dan garam. Dah siap pun.
CARA BUAT SOS:
650 ml air stock ayam. Ingat lagi cara buat sup creamer ayam. Sama juga caranya buat air stock ayam ini.( 1 liter = 4.2 cup/mangkok, 1 sudu besar (tbsp) = 15 ml., 1 cup = 23.7ml). Kalu malas pakai 2-3 kiub ayam ready made.
Setengah biji bawang kuning (holland mai) kalau bawang biasa baunya lebih kuat dari bau stok ayam. Di ptong kiub.
3 sudu besar butter. butter kalau dipanaskan cepat hangus. Untuk elakan butter ini cepat hangus guna 3-4 titik minyak felda.
4 sudu besar tepung gandum.
1 sudu besar besar sos tomato.
1 sudu besar sos perasa tiram
1 sudu besar worchester sauce yang kini dihalakan JAKIM.
2-3 titis kicap perasa maggi.
kalau nak kehitaman sikit boleh titis dua tiga titis kicap kramel.
1 sudu kecil lada hitam yang kasar sedikit.
Garam jangan lupa pulak.
CARA MASAK SOS:
Masukan butter dalam kuali, biarkan cair, masukan bawang. jangan hangit bawang dan butter (kalau takut butter terbakar letakan sedikit minyak). Bawang takat layu je cukup. masukan tepung gandum dan kacau rata sehingga jadi warna coklat (jgn hangus). Masukkan air stok ayam kacau serata. masukkan air sedikit demi sedikit kalau tidak ia berkental. Mamak haji gunakan pemukul telur untuk kacau rata. Masukkan sos-sos yang tersebut di atas.
sumber:FB mamak haji
No comments:
Post a Comment