MENETAPKAN HARGA JUALAN DLM KATERING:
Salam, Ramai yang ingin berkecimpung dlm perniagaan katering, masalah besar yg dihadapi mereka yg pertama kali ialah, bagaimana meletakan harga jualan hidangan?.Pada 'amnya konsep harga jualan akan menentukan kejayaan sesebuah syarikat perniagaan. "Harga jualan", yang dimaksudkan ialah jumlah wang yang kita terima dari pelangan dengan menukar-ganti dengan perkhidmatan katering yang kita berikan kepada pelangan. Dalam perkataan lain, "Harga Jualan", ialah pelangan sedia membayar untuk perkhidmatan katering yang disediakan. Masalah katerer yang terbesar ialah, bila ingin kemukakan harga jualan kepada pelangan dan bukan masalah nak masak menu hidangan yg dipersetujui. Katerer yang baru cuma memberi perhatian kepada dapatkan pelangan dengan apa juga harga. Maka tawar menawar harga berlaku dan kebiasaannya dalam suasana ini pihak pelanggan yang menang. Situasi menang-menang tidak akan berlaku. Cara ghairah dan sikap mendapatkan pelangan dari keuntungan dari hasil kerja pula menjurus kepada "price under-cutting" , yg cuma merosakan perniagaan katering org lain. Keadaan ini sungguh mencabar bagi katerer baru. Perniagaan katering adalah kerja yang paling keras dan tekanan kerja yang melampui batas tetapi kita ditawarkan harga yang paling minima dan ada-kalanya katerer yang baru ini pula ditipu pembayaran kerana takut meminta deposit dan bayaran penuh bila mana perkhidmatan selesaikan. Ada yang tidak pernah membuat perjanjian hitam-putih walau pun Allah SWT sendiri berfirman dlm Al-Quran, segala hutang perlu dicatitkan secara jujur. Kenapa kita takut sangat catitikan?. Apa pelangan rasa kecil hati dgn sikap kita yg jujur ini. Terlampau prasangka kita dlm menjalankan perniagaan
Pernah kah anda berjumpa, seorang pelangan yang menempah perkhidmatan katering anda seraya berkata pada anda, "saya terima harga katering anda, tetapi saya ingin tambah RM2.00 untuk satu kepala, kerana harga awak ini saya rasa terlalu murah". Bukankah kah hari itu seperti akan menjadi, "sejarah dalam perniagaan katering anda". Mamak haji nak tanya, pernah anda dapat perhatian seperti ini dari pelangan anda?. Kalau ada pelangan seperti itu, mamak haji sarankan ambil gambar wajahnya , buat bingkai dan gantungkan dalam pejabat anda. Apa saja anda berikan harga, pelangan tetap akan kata. "harga Mahal". Kalau anda kurangkan harga, pelangan akan bertanggapan, perkhidmatan katering anda, "Low Class" dan tidak sesuai untuk majlis pelangan anda itu. Bukan mudah untuk menetapkan harga jualan perkhidmatan katering anda. Harga Jualan perkhidmatan katering anda perlu menentukan keuntungan BERPATUTAN anda. Berpatutan adalah bermaksud "empathy" dan bukan "sympathy". Empathy bermakna kita juga merasa dan ingin kongsi emosi atau kesusahan yang sama seperti pelangan kita, sympathy bermakna kesian. Kesian ini lain sikit, oleh kerana sekiranya pelangan ini seorang janda yang montok atau seorg jejaka idaman, kita jangan pulak rasa kesian lampau..hahaha. Berniaga-berniaga yea, jangan pulak aduk peribadi dalam perniagaan tetapi setiap peniaga perlu ada empathy terhadap pelangan. Ini bukan saja strategi bagaimana McD's bangun semula dari kejatuhan tetapi yang penting adalah tuntutan agama Islam. Pokok pangkalnya apa saja harga jualan anda tapi pastikan pelangan juga dapat pulangan yang terbaik dari harga jualan anda terima. Untuk dapatkan harga jualan yg tepat dlm perkhidmatan katering bukan perkara mudah tetapi ia merangkumi seperti bidang bidang seni dan sains. Penilaian atau estimation/sebut harga jualan adalah seni yang sukar dipelajari walau pun di universiti. Maka meletakan harga jualan adalah bakat yg perlu ada pada setiap induvidu peniaga. Untuk mengilap bakat ini mamak haji beri sedikit cara untuk menetapkan harga katering anda. Walau apa pun harga yang anda tawarkan, beri keutamaan kepada tiga faktur ini: 1. Keuntungan. 2. Empathy 3. Perniagaan yang berulang (maksudnya tentukan pelangan akan sentiasa berulang membuat tempahan).
Apabila anda ingin kemukakan harga jualan sila beri perhataian dan tumpuan khusus kepada perkara-perkara ini:
- Berapa kah harga yang diinginkan oleh pelangan anda?.
- Berapa kah Harga yang diharapkan oleh pelangan anda?.
- Berapa harga pesaing lain di kawasan anda?.
- Adakah tarikh dan cara penghantaran berpihak kepada anda?.
- Sila tentukan kaedah katering yang mudah atau yang sukar?.
- Sukar bermakna seperti katering koperat, yang mudah seperti jamuan biasa.
- Adakah anda fikir pelangan ini akan datang semula pada anda?.
- Anda perlu tentukan dua perkara, volume over profit atau profit over volume, maknanya anda ingin keuntungan dari jumlah atau pun jumlah ke atas keuntungan. Kalau 100 orang jemputan harga yang berlainan dari 1000 orang jemputan. Harga mengikut jumlah.
- Kualiti yang pelangan anda harapkan, adakah pelangan nak katering mudah atau pun katering yang istimewa.
Maka harga jualan katering anda berubah-ubah mengikut situasi yang mamak haji sebutkan di atas. Maka harga katering bukanlah tetap tapi ia boleh berubah mengikut keadaan keperluan. Bukan seperti katerer A harganya begitu, harga anda pun ikut katerer tersebut. Satu lagi anda perlu tahu, ada pelangan akan mencari sebut-harga di merata tempat lain, maka setiap hidangan yang anda meletakan harga jualan untuk menu bukan sebenarnya harga untuk hidangan itu atau masakan. Ia terpulang kepada cara anda masak dan bahan-bahan masakan yang digunakan dalam masakan itu. Maka janganlah terlalu terikut-ikut dengan harga yang diletakan katerer lain. Contohnya nasi minyak menggunakan beras biasa dan menggunakan berasmathi. Harga 10kg beras biasa cuma RM24.00 tetapi harga 5kg basmathi cecah RM40.00. Maka harga tidak mungkin sama. Bahan masakan utama seperti daging dan ayam juga main peranan utama dalam harga jualan. size ayam, ketulan ayam dan cara masakan juga mainkan peranan utama dalam menetukan harga jualan. Ayam Masak Merah Mamak dan Ayam masak merah Melayu lain caranya. Daging masak kicap dan daging masak itam lain caranya dan bahan-bahan yang gunakan dan kos akan berubah. Kadang-kala pelangan tak faham maksud ini, tugas anda bukan saja menerangkan menu yang anda tawarkan tetapi meyakinkan pelangan dengan cara pengendalian masakan, size, cara masakan, dan kualiti katering anda. Pendek kata , pelangan harus faham maksud, "If you give peanut, you get monkey".
Apa yang anda perlu beri penjelasan kepada pelangan yang kurang pengetahuan tentang maksud katering dan maksud restoren, mereka (pelangan) bukan membeli cuma masakan yang kita sediakan seperti restoren tetapi mereka membeli keseluruhan perkhidmatan katering anda. Perniagaan Katering bukan seperti perniagaan restoren atau warung yang pelangan perlukan cuma makanan, mereka cuma perlu pergi kepada restoren atau warung pesan 500 ketul ayam, pekedai akan masukkan dalam bungkusan plastik dan hantar kepada pelangan itu, tetapi pelangan pergi kepada perniagaan katering, jika 500 ketul ayam, katerer itu perlu sediakan tray hidangan yang terbaik, siap di hias dengan dibawah daun pisang dan di atas daun kari, hirisan bawang baru digoreng sehingga buka tudung saja seluruh ruangan rumah anda akan semerbak wangi. Gorengan ayam adalah sama waktu, bukan seperti kedai mamak kemungkinan anda akan terima ayam goreng semalaman. Yang peliknya di negara kita harga seketul ayam direstoren lebih mahal dari katerer yang menyediakan perkhidmatan yang begitu sempurna didalam rumah anda.
Akhir sekali ramai katerer buat silap dengan suka menjual harga dari apa yang jaminan harga yang diberikan itu berperanan memuaskan pelangan. Kadang-kala katerer tidak mahu menukar menu masakan dan bertegang leher dengan pelangan mengatakan opsyen yang diberikan adalah terbaik dengan tidak sedikit pun memberi peluang kepada pelangan dengan opsyen pertengahan. Ah! satu perangai buruk katerer adalah memberi bandingan dengan harga jualan syarikat persaingan yang dianggap musuh. Ada juga setengah katerer tidak mahu tawarkan harga murah seperti nasi minyak boleh gunakan beras biasa dan basmathi. Di Pulau Pinang Nasi dalca dimasak guna beras baisa, tapi kenapa nasi minyak orang melayu perlu masak dengan basmathi yang sangat mahal. Basmathi amat terbaik untuk nasi beriani, kenapa tak masak saja nasi beriani dari masak nasi minyak. Kalau pelangan itu kaya raya tak apalah ini orang yang tak mampu pun pii pekena harga mahal apa hal?. Patutlah hantaran kahwin sekarang dah lonjak berpuluhan ribu sampai ramai dok lari kahwin kat Siam. Maka katerer juga perlu faham mereka juga ada tanggung-jawab sosial yang perlu dipikul. Yang ada anak dara itu janganlah ikut belanja kahwin yang dikenakan pada pihak lelaki mengikut sebut-harga katerer beri.
Sumber: FB mamak haji..
No comments:
Post a Comment