RESIPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN: Pengenalan.
Kalau nak masak kari selalunya kita beli rempah yang telah sedia jual,seperti rempah masala ikan Adabi, Alagappa atau baba's untuk masak kari ikan di rumah. Sebenarnya semua Rempah Serbuk Kari yang terdapat dalam pasaran ada kelebihan masing-masing. Resepi rempah yang dicipta oleh pengilang rempah kari ini untuk kegunaan secara 'am bukan untuk cita-rasa perseorangan atau keluarga.

Asal usul Rempah Kari Serbuk ini sebenarnya di reka oleh Penjajah British di India untuk kegunaan komersial dan mudah untuk mereka mengekploitasi untuk perdagangan kapatalisma mereka. Mungkin juga ada agenda memalaskan rakyat India yang dibawah penjajahan mereka. Biasanya Rempah kari dalam dapur orang India satu masa dahulu, digiling segala rempah dengan mengikut resepi yang telah diperturunkan genarasi ke genarasi. Maka resepi kari ini tidak sama dengan satu keluarga dengan ke satu keluarga yang lain. Keluarga masing-masing punyai rahsia resepi rempah kari yang tertentu.
Harus juga anda memahami, Rempah Kari Serbuk ini yang dijual ini dengan berbagai jenama bukanlah hasil dari hanya satu jenis rempah saja. Serbuk Rempah kari ini adalah percampuran dengan berbagai jenis rempah yang diadunkan dengan dengan kuantiti tertentu untuk menjadikan satu resepi untuk masakan kari pilihan anda, ini yang di gelar "masala".
Sudah mestinya kita boleh cipta resepi ini khas untuk selera keluarga kita. Kita boleh adunkan rempah yang perlu dengan kuantiti tertentu mengikut cita rasa selera kita dan menghasilkan Rempah serbuk Kari. Dengan ini, resipi rempah kari yang anda cipta itu boleh menjadi hak milik anda dan keluarga anda selama-lamanya.
RESIPI: MASALA (REMPAH) KARI IKAN:
Bahan-Bahan Rempah yang digunakan:
- 1/2 cawan biji ketumbar.
- 2 sudu besar Jintan Putih.
- 3 sudu besar Jintan manis.
- 1 sudu kecil biji lada putih.
- 5-7 tangkai cili kering.
- 1/2 sudu kecil biji sawi.
- 1/4 sudu biji halba.
- 10 kuntum bunga cengkih.
- 2 keping kayu manis berukuran panjang satu - 2 inci.
- 15 - 20 helai daun kari.

- 1 sudu kecil halia kering/salai. - tak perlu sagai.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit. - tak perlu sagai.
- 2 sudu kecil serbuk kunyit. - tak perlu sagai.
Cara- Cara:
1. Goreng kering / sagai biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada putih, cili kering, biji sawi, biji halba, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Goreng atau sagai asing-asing dengan selang-selang sehinnga aromanya boleh dihidu selama 3-4 minit dengan api dapur sederhana.
2. Biji ketumbar, biji halba dan biji sawi bila meletup tandanya dah siap goreng. Jangan goreng serbuk kunyit dan halia kering.
3. Biarkan rempah-rempah ini sejuk seketika dan blender semua sekali sehingga halus. Simpan dalam bekas yang kedap udara.
TIP-TIP MASAK KARI IKAN:
Masak kari ayam atau daging berbeza dengan Masak Kari Ikan. Kari ikan biasa rasa masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul besar sedikit). Semasa bersihkan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan di tengah tulang ikan perlu di singkirkan dan dibersihkan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharie perlu dibersihkan dengan air dilalukan).

Biasanya mamak haji lebih suka, peramkan ketulan ikan dalam jus limau nipis/ asam jawa(acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Ikan kalau diperam dengan jus limau nipis dan garam lebih segar isinya.
Bekas masak juga perlu diambil perhatian. Kuali yang hitam akan menyebabkan pertukaran warna kari. Gunakan periok keluli atau stainless steel. Kalau boleh hindarkan kegunaan periok masak diperbuat daripada aluminium, kerana Aluminium Oksid dikatakan penyebab penyakit kanser.
Gunakan tomato segar dan sayur kacang bendi dan terung dalam masakan kari akan berikan aroma dan rasa kari yang sedap. Menu kari ini cuma kita perlu ketahui asas buat kari itu dan tentang masala kari ikan. Kalau boleh kari ikan ini jangan tambah santan kerana rasa asli rempah akan kehilangan. Masakan kari yang sedap ialah bila buka tudung periok , kari anda wangi semerbak satu rumah...kalau gunakan rempah masala yang tersedia jual seperti alaggpa atau baba's dan adabi tambah sedikit serbuk rempah jintan putih dan ketumbar.
No comments:
Post a Comment