RESIPI: PENYEDIAAN YOGURT
YOGURT:
Yogurt atau nama tempatan di panggil "tairu" dibuat sendiri adalah lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya-pasar raya. Yogurt yang dibuat sendiri amat tergantung kepada kandungan lelemak susu yang digunakan dan jenis pendahulu Yogurt (culture yogurt) yang digunakan. Kepejalan yogurt yang buat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu. Untuk mengelakan susu dan kandungan air kita perlu mendidihkan susu.

Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu.
1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 - 12 minit).
2. Biarkan sejuk susu yang telah didih kepada 40 C - 48 C atau 100F - 115 F. Suhu didapur cuaca panas memadai.
3. Masukkan "culture yogurt" dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan tuala dapur dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Suhu 40C - 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini. Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.
4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 sebelum digunakan.
No comments:
Post a Comment