Seorang wanita semasa keluargasunnah menangis dan tanya ustaz kenapa hidup saya penuh masalah. Saya tidak ada anak. Suami saya pemalas dan tak kerja...tidak solat. Saya mula nampak dia sibuk dengan hiburan..duit rumah semua duit saya.
Dia ada di depan sana. Saya puas pujuk dia datang dengar ceramah hari ini. Ustaz doakan yer..kenapa hidup saya sempit dan begini ustaz. Perniagaan saya pula merosot..adakah sebab dosa saya sebelum ini..kesilapan lalu..ada juga orang kata saya kena buatan orang.
Saya tanya dia, puan benar-benar ingin mendengar jawapannya..saya tahu jawapannya..
Beritahulah ustaz....
Semua ini kerana Allah sayang puan..hanya kerana dia sayang..dia ingin puan kembali padanya..dia nak ampunkan puan dan masukkan puan dalam syurga...hanya kerana dia sayang. Saya boleh janji puan akan bahagia selepas ini..tapi puan kena buat sesuatu...
Bagaimana ustaz? Memang akan bahagia. Apa amalan tu ustaz..
Sebelum puan balik ke rumah lagi cari peluang untuk berdoa dan bertaubat. Dalam majlis ini nanti ada saat kita berdoa bersama-sama. Puan menangis bersungguh-sungguh dan bertaubat pada Allah. Allah akan buka jalan dan saat itu juga puan akan bahagia...saya berani janji kerana Allah janji..dia pemilik semuanya..bila dia nak bagi bahagia, dia yakni Allah boleh beri seorang bahagia tak perlu suami yang baik. Tanpa duit yang banyak..tanpa apa pun. Kerana dia pemilik semua..tak perlu apa pun..dia Allah pemilik segalanya
Allah sayang puan. Lebih dari apa yang puan boleh bayangkan..lebih dari apa yang puan tahu. Dia Allah sayang hambanya..
Dia menangis dan tanya lagi. Betul dia sayang saya. Yer betul dia sayang puan. Bukan sebab dosa..
Betul hanya kerana cinta tanpa syarat. Hanya ingin kebaikan buat kita. Tapi kita tak nak ingat tuhan kita.Masa solat pun ramai masih lalai dan lebih malang tinggalkan solat..
Dia menangis..dan kata terima kasih ustaz..
Tadi dia email saya dan kata suaminya dah 4 waktu solat di masjid. Suaminya mula cari kerja...suaminya minta maaf padanya. Suaminya solat tahajud dan menangis mendoakan semua ahli keluarganya...
Saya syukur pada Allah..kerana keikhlasan setengah dari peserta yang hadir mungkin, Allah suka dan sayang dan jadikan asbab hidayah. Mungkin ada orang nampak biasa dan dia sendiri rasanya dirinya benar-benar kerdil tapi kadang-kadang mereka makbul di sisi Allah..
Uwais Qarni lelaki yang tidak dikenali...walaupun dalam kaumnya sendiri. Tapi Nabi saw pernah menyebut namanya dan mengarah minta doanya..
Apakah pandangan Allah pada saya? Pada kita? Hanya keredhaan Allah yang kita impikan-ebit lew www.keluargasunnah.com 3hari 2mlm kembara Iman dan Sahsiah cuti sekolah Nov dan Dis www.transformjiwa.com
No comments:
Post a Comment