Thursday, May 1, 2014

CHICKEN CHOP BERSOS LADA HITAM. oleh mamak haji

RESEPI: CHICKEN CHOP BERSOS LADA HITAM.

Bahan-Bahan:

- 2 ketul (300gm–400g) peha ayam penuh, dikeluarkan tulang (sila lihat video cara keluarkan tulang). Gunakan pisau tajam untuk keluarkan tulang dan hiris-hiris mendatar daging supaya daging ayam menjadi nipis sedikit dan lebar..peram daging ayam dengan – (sebatikan) se cubit garam, 1/2 sudu kecil serbuk perasa makanan MSG, 1/4 sudu kecil serbuk lada putih(pepper), 1 sudu kecil jus halia (ditumbuk dan diperah jusnya). 1ulas bawang putih tumbuk halus lumat. Peram ayam dengan bahan-bahan peraman sekurang-kurangnya 45 - 60 minit.

Penyediaan Tepung Goreng / batter:
- 6 sudu besar tepung beras.
- 4 sudu besar tepung gandum biasa.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu serbuk penaik/ baking powder.
- secubit garam
- air soda / ginger 'ale buat bancuhan tepung.
1. Masukkan ke semua bahan-bahan di dalam sebuah bekas dan asingkan dua bahagian. Satu bahagian untuk kering dan satu bahagian lagi dibancuh dengan air soda atau ginger 'ale dan jadikan kelikatan seperti goreng cucur pisang. Ingat mamak haji tak gunakan air yea. Gunakan air soda atau ginger 'ale yang tin disejukkan sebelum guna.

2. Tepukan isi ayam dalam tepung yang kita bahagikan kering tadi dan masukkan dalam adunan tepung yang cair. Ingat yea..apabila buat adunan tepung untuk goreng..cepat celup daging ayam dan terus masukkan dalam minyak panas dan goreng, kita nak tepung itu bergas.
3. Maka minyak masak perlu panaskan dulu sebelum buat bancuhan tepung. Goreng kedua bahagian sehingga isi ayam akan terapung dalam minyak. akan dan toskan minyak..ayam goreng anda telah sedia. Sos black pepper dan coleslaw tahu buat kan..atau nak resepi juga?.
 — with ‎جمالية دوللة‎ and 6 others. (4 photos)

No comments: