Monday, April 28, 2014

Menghilangkan bau hanyir hati ayam

Ada yang mungkin berasa loya apabila hendak memasak hati ayam kerana tidak tahan dengan bau hanyirnya bukan?

Lantas terus mematikan ‘mood’ anda untuk memasak hati ayam buat keluarga tercinta.

Sekarang itu bukanlah suatu masalah yang besar lagi. Di sini MW kongsikan panduan untuk menghilangkan bau hanyir hati ayam. Cara-caranya adalah seperti berikut:

Untuk menghilangkan bau hanyir hati ayam, bersihkan hati ayam terlebih dahulu.

Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika.

Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Hati boleh di goreng atau di masak mengikut menu anda.

No comments: