Baju sutera bukanlah senang untuk dijaga kerana jenis kainnya yang sensitif di mana bukan sahaja mudah berkedut, malahan apabila sudah terkena kotoran begitu susah untuk di hilangkan.
Seolah-olah kesan kotoran tersebut melekat dan sebati dengan baju sutera itu. Lebih teruk sekirannya di basuh ke dalam mesin basuh, warna baju cepat pudar.
Selain daripada menghantar ke dobi untuk cucian kering, anda sendiri sebenarnya boleh mencuci sendiri baju sutera.
Caranya adalah dengan menggunakan gel atau krim mandian. Gosok menggunakan tangan pada tempat yang ada kotoran seperti di kaki kain, lengan atau bahagian leher.
Namun elakkan daripada merendam atau memberus kain sutera. Kemudian bolehlah diperah dan dijemur. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment