Pernah atau tidak ketika anda menggoreng ayam ataupun ikan, makanan tersebut telah melekat di kuali?
Puas sudah anda cuba mengubah kedudukan ayam atau ikan tersebut namun tidak juga berjaya. Lebih buruk, isi ikan atau ayam tersebut terus tertanggal dan melekat dikuali!
Oleh disebabkan kejadian ini, anda mengambil langkah untuk tidak menggunakan kuali itu lagi. Jangan membazir! Kerana ada petua yang boleh anda gunakan untuk memastikan gorengan anda tidak lagi melekat di kuali.
Caranya adalah panaskan minyak masak terlebih dahulu. Masukkan hirisan bawang putih ke dalam kuali dan biarkan seketika. Kemudian, goreng ikan atau ayam.
Cara ini juga akan memberi bau yang enak pada makanan. Selamat Mencuba!
Sumber:Majalah Mingguan wanita
No comments:
Post a Comment