Thursday, November 21, 2013

petua dari orang lama

Bersama dengan Nenek yang disayangi dan banyak membantu perkembangan diri saya.

Umurnya 96 tahun.

Tiada Diabetes atau Darah Tinggi.

Tiada penyakit kronik seperti jantung atau buah pinggang.

Masih boleh menjahit pada usia 90 tahun.


Antara 7 ciri-ciri 'longevity' yang saya perhatikan :

1) Makan hanya sedikit bila lapar - Saya tak pernah nenek makan sepinggan penuh seumur hidupnya.

2) Tiada menu makanan segera.

3) Banyak sayuran dan ikan berbanding ayam mahupun daging.

4) Kerap berpuasa.

5) Aktif bekerja ( ketika masih kuat berjalan).

6) Tidak pernah ada masalah Overweight atau Obesity.

7) Nenek saya adalah Qariah dan Guru mengaji Al-Quran.


Banyak yang boleh dipelajari dari orang-orang lama kaannn 

- Dr. Malinda

No comments: