Monday, November 18, 2013

Panduan dari Mamak haji untuk orang yang berniaga atau bakal peniaga

Amalan mamak haji sekeluarga sebelum membuka restoren baru:
Amalan biasa mamak haji ialah, membaca 'Ayat Kursy' mengikut kitab "Asraarul Mufidah". Biasanya premisis baru mamak baca 786 kali dalam tujuh hari dihadapan premis baru sebelum mulakan perniagaan, lalu di hembuskannya. Insyallah dengan izin Allah akan majulah perniagaan anda. Semasa berlapangan dalam kedai bacalah surah Al-Walaqiah kerana surah ini akan menjadi salah satu penyebab untuk melimpahkan rezeki.
Selepas solat subuh tasbih: Subhanallahi wabi hamdi subhanallahi lazim astagfirullah sebanyak 100 kali. sentiasa zikir tarek "Ya Lathiif " insyallah jualan akan menjadi laris. Zikir "Ya Baaqyi" Insyallah apa yang kita berusaha cepat berhasil, perniagaan tidak akan rugi kerana sihir atau perbuatan-perbuatan laknat.

Maka tanda-tanda terkena sihir seperti diperkatakan tadi perlu diawasi dan perlukan tindakan susulan untuk mengelakan terkena sihir atau perbuatan-perbuatan jin-jin yang jahat. Sebelum sehari membuka perniagaan restoren atau kedai makan dimulakan biasanya dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk memastikan jin-jin yang berada di dalam kedai baru itu keluar terlebih dulu sebelum dipagar dari gangguan jin-jin yang menjadi bakal pengganggu perniagaan. Kadangkala pagar juga roboh sekiranya pelangan sendiri membawa masuk saka. Maka kaedah bacaan Al-Quran perlu diamalkan selepas solat subuh dan solat harian di restoren setiap waktu amat dimestikan untuk pekerja beragama Islam dan dimamkan oleh taukehnya sendiri. Pekerja perlu diberi keutamaan melakukan solat apabila tiba waktu dengan bergilir-gilir. Amalan di atas adalah amalan Mamak Haji yang biasa. Kerana Mamak yakin dengan Firman Allah SWT: " katakanlah, "aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekelian Makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (Surah Al- Falaq). Maka tidak perlu gusar atau takut dengan perbuatan jahat yang ada di mana-mana untuk kita mencari rezeki halal di muka bumi kepunyaan Allah ini. Takbir x3. Wassalam.

****************************************************************************
Tanda-Tanda terkena sihir:
Dari pakar-pakar kajian sihir, tanda-tanda orang yang terkena sihir ialah, sering sakit kepala, berasa malas bekerja tanpa sebab, hilang dorongan majukan diri (kurang motivasi), pertelingkahan sering berlaku diantara suami-isteri dengan tanpa sebab, pekerja-pekerja yang berkerja dalam sesebuah syarikat perniagaan sering bertengkar, gaduh dan kerap berhenti, sakit yang sukar dirawat cara pengubatan moden, selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, dan mimpi yang aneh-aneh. Kadangkala mereka yang terkena sihir terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan lembaga-lembaga yang gerun, sekiranya di restoren anda sering terjumpa duit syling, wang kertas tanpa ketahui puncanya dan juga bungkusan-bungkusan yang aneh dan juga pasir atau kemenyan ditaburkan di lantai premis, kadang-kala kedai atau restoren anda menjadi ghaib dari pandangan pelangan dan kerap kali ada benda asing dalam periok nasi atau di hidangan makan pelanggan.


******************************************************************************


BETULKAH WUJUD SIHIR DALAM PERNIAGAAN:
Manusia selalunya ingin mengetahui setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya. Apabila berlaku perkara yang sukar mendapatkan penjelasan mengenai nya, maka kita akan memberi penjelasan dan pendapatnya sendiri kerana kabur dengan penerangan yang logik yang diharapkan dari sumber keyakinan kita. Ini termasuklah berkenaan orang barat masih ada yang percaya pada makhluk angkasa lepas, igaun tentang "big foot" dan lain-lain walau pun dari secara saintifik tidak dapat dibuktikan. Orang barat atau pun orang Timur ramai yang yakin pada Ilmu sihir. Sihir bukan perkara baru dalam alam mistik. Ilmu sihir dan undang-undang kanun negara mengenainya telah wujud se awal zaman Mesopotamia melalui undang-undang bertulis melalui, peruntukan no.2 kod Hamurabba dan di Rom pula di zaman Julius Caesar melalui peruntukan "The Twelve Table". Adalah dirumuskan bahawa sihir boleh dibuktikan di Makamah. Maka jangan pandang ringan pada perbuatan Sihir, yang memang wujud. Apa yang dikatakan sihir?. Sihir adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Agama Islam untuk menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati , orang yang di sihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali yang dilakukan di luar dari hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Dalam istilah dunia Melayu, sihir digelar ILMU HITAM. Ilmu hitam sebenar adalah Ilmu Ghaib digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan akibat ke atas dirinya dan juga kesengsaraan ke atas orang lain. Ilmu Hitam adalah dikatakan berkait rapat dengan golongan jin-jin. Dari pengamatan cendiakwan Islam, sihir ini telah wujud melalui dua malaikat yang diturunkan oleh Allah "Harut" dan "Marut". Kisah tentang malaikat ini dihuraikan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 102.

No comments: