Wednesday, November 20, 2013

Kunyit -dari status mamak haji

SERBUK KUNYIT DALAM MASAKAN:
Assalamualaikum..asyik resepi je..kali ini jom kita kenali rempah yg digunakan dalam masakkan kita. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita makan dan faedahnya. Kita kenali Serbuk kunyit dan menyentuh sedikit berkenaan kunyit hidup dalam masakkan Melayu Asli. Masakan India atau Mamak Pulau Pinang jarang menggunakan kunyit hidup. Kegunaan rempah serbuk kunyit dalam masakan tradisi orang India menjangkau lebih 5,000 tahun. Kunyit ini bukan saja sebagai bahan masakkan tetapi ia adalah bahan perubatan tradisional bagi orang Cina, India (Ayurveda) dan perubatan tradisional Melayu sejak berzaman. Kunyit hasil dari rizom tumbuhan yang digelar "curcumalonga", (dari pokok kunyit). Kunyit berasal dari negara Indonesia dan Selatan India. Serbuk kunyit atau Kunyit (hidup) kerap digunakan dalam masakkan asli Melayu dan India Selatan. Rempah kunyit telah menjadi sinonim dengan masakkan India dan Melayu nusantara dan penting dalam setiap masakan. Selain dari memberi warna menarik (complexion) untuk sesuatu hidangan masakan, ia juga memberi masakkan kita beraroma dan khasiat perubatan utk tubuh badan yang amat tinggi.

Kunyit mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional Melayu. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati . Kunyit berserta dengan ramuan –ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi , sakit dada dan perut, gangguan haid dan melancarkan aliran darah . Sebatian kimia dari ( curcuminade) kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai berkesan mencegah bakteria bahaya (anti-septic value). Dengan sebab inilah kunyit digunakan dalam gorengan ikan dan ayam. Selain aroma yang sangat nyaman, ia juga dapat membunuh bakteria bahaya yang terdapat dalam isi ikan atau daging ayam kadangkala dalam masakkan daging juga banyak gunakan rempah kunyit ini.
KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN GUNA KUNYIT DLM MASAKAN:
- Membaiki sistem penghadaman.
- Mengurangkan angin (gas) dalam perut.
- Membantu dan melancarkan penghadaman protein tepu dan kandungan karbohidrat tinggi seperti nasi. Dengan ini kunyit boleh digunakkan sebagai bahan untuk menguruskan badan untuk langsing.
- Membaiki dan membantu keupayaan tubuh badan menghancurkan lemak (menguruskan badan).
- Membantu membersihkan sistem dalam hati dari toksid bahaya.
- Fomulasikan tisu yang baru dalam tubuh.
- Mengurangkan kesakitan sendi-sendi, gatal dan bengkak kemerahan di permukaan kulit.
- Kunyit yang mempunyai ramuan anti-oksida 'curcuminade' membantu boleh menghindarkan barah (cancer), arthris dan penyakit Alzaimer dan penyakit hati.

No comments: