Thursday, August 22, 2013

RESEPI PUCUK UBI MASAK CILI API

RESEPI PUCUK UBI MASAK CILI API: Resepi ini untuk org yg baru belajar masak seperti mamak haji, yang dah pandai itu duk diam-diam..hahaha!.

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi, buang tangkainya ambil daun saja.
3 cili merah.
10 biji cili padi.
1 inci kunyit hidup.
1 biji bawang labu besar.
2 ulas bawang putih.
segengam ikan bilis.
2 keping asam keping atau gelugoq.
1 cawan santan pekat.
4 biji buah keras,
1 batang serai diketuk untuk ditumis. Garam dan gula secukup rasa.
4 sudu besar (tbsp) Minyak masak utk tumis.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. Pucuk ubi direbus sehingga lembut di toskan dan diperah airnya. Jadikan kepal dan potong ikut size yg anda kehendaki.
2. Tumbuk (dgn batu lesung..hahaha. Jgn malas tau. Tumbuk dgn kisar ini rasanya berbeda) cili merah, cili padi, bawang, bawang putih, kunyit hidup, ikan bilis dan buah keras sehinnga lumat.
3. Panaskan kuali dan nasukkan minyak. Masukan serai. Tumis pes hasil dari tumbuk. Biarkan ia sampai pecah minyak (minyak akan timbul disekeliling pes tadi).
4. Masukan santan sedikit dgn air 500 ml. Biarkan ia masak untuk buah keras menghasilkan minyak untuk pekat.
5. Perlahankan api masukkan santan pekat. Biar ia dalam keadaan reneh 10 minit. Tentukan santan anda tidak pecah minyak dgn kacau selalu.

6. Pucuk ubi masak cili padi anda telah siap.


Sumber:FB mamak haji

No comments: