Wednesday, August 21, 2013

Ayam masak merah Mamak

Ramai tanya mengenai apa kah bezanya masakan nasi kandar AYAM MASAK ROS DAN AYAM MASAK MERAH. Masakan Nasi Kandar sebenarnya mementingkan rempah dlm masakan maka dlm posting blog mamak haji, tidak mahu kelirukan peminat ayam masak nasi kandar maka tajuknya mamak haji beri AYAM MASAK MERAH MAMAK PENANG. sama juga dgn ayam masak kicap berempah mamak penang dan juga daging masak itam mamak penang yg berlainan dgn daging masak TUK..dia sama tapi tak serupa..hehehe!. Yang minta resepi ayam masak ros mamak penang, diutamakn untuk sahabat FB. Blog mamak haji:http://balannambiar.wordpress.com/2009/09/05/siri-3-ayam-masak-merah-mamak-penang/

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”/ 200gm.
1/2 Tin Susu cair/sejat.
2 sudu besar (tbsp) Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).
1 helai pandan dipotong 2″ panjang.
3 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
2 Sudu besar (tbsp) Gula / ikut kepedasan yg anda perlukan.
1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
2 sudu besar serbuk cabai ( ikut kepedasan anda perlukan).
Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal daptkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki kita.
250gm santan pekat.
1 sudu kecil (tsp) garam masala.
Garam secukupnya rasa. Satu batang serai diketuk untuk ditumis dan sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
10 biji cili merah.
1 batang karot.
1 biji tomato.
1 biji bawang labu besar.
2 inci Halia.
5 ulas bawang putih.
*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang goreng garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.
2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*
3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar.Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).
5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya dan masukkan kisaran tomato+cili+ carrot. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan.
7. Bila kuah mula pecah minyak masukan 250 gm santan pekat.
8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.
9. Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuanya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.
Nota:
1.Fuuuh, banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama. Bagi pengetahuan saudara-saudari masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya. Sekiranya and nakkan cair bolehlah tambah airnya.Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap keranan kuahnya likat melekat…hahah. Dengan itu kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau.Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti. Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga. kerana tetangga semua tertanya-tanya apakah hidangan yang anda sedang dimasak…hehehe… Kalau sekali tak jadi cuba lagi perbetulkan resepi sendiri. 

No comments: