7 SEBAB KENAPA MELAYU KURANG BERJAYA?
Sejarah Melayu sering dijadikan kisah dan tauladan dalam pelbagai pementasan teater, drama dan juga filem. Mengikut cerita, nenek moyang kita sememangnya hebat-hebat belaka. Masakan tidak kalau kita boleh berdagang jauh ke negara asing dengan sampan perahu sahaja. Pahlawan kita gagah perkasa. Penjajah bersenjatakan senapang dan meriam, kita halau dengan lembing dan keris. Bangganya kita dengan nenek moyang kita. Darah yang mengalir dalam badan kita ini darah pahlawan dan bangsawan yang gemilang.
Bertahun saya belajar dan meneliti sejarah Melayu. Patah tumbuh hilang....bila nak berganti? Saya tanya anda dan saya rasa anda pun tidak tahu bila akan berganti. Dalam kita banggakan tokoh-tokoh korporat Melayu kita, kita harus sedar tokoh-tokoh yang ada terlalu sedikit. Dalam bangga kita harus mengikut jejak mereka dan membina ketokohan dalam diri kita. Melentur buluh biarlah dari rebung. Cuba anda lihat wajah anak-anak kita. Masa depan yang bagaimana yang anda mahu reka untuk mereka? Saya rasa jawapan yang anda berikan adalah “Masa Depan yang Terbaik”.
Masa depan yang tebaik adalah sesuatu yang sangat umum. Kebanyakkan ibubapa yang inginkan kejayaan untuk anak-anak mereka, mereka lalai. Sering kita melihat budak-budak Melayu yang berkomunikasi seperti berikut:-
“Eh cepatlah bodoh”
“Kau ni apsal babi sangat”
“Biarkan, buat bodoh je”
“Lantaklah, aku tolong bukan dapat duit pun”
Saya rasa banyak lagi scenario yang anda telah alami tetapi yang saya rasa sedih adalah perkara ini telah menjadi lumrah kehidupan budak-budak Melayu zaman sekarang. Lebih sedih lagi apabila kita sebagai orang dewasa dan ibubapa kepada mereka tidak menghalang mereka dari bertutur sedemikian. INI SEBAB PERTAMA KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Apabila mereka meningkat dewasa, ketika mereka di sekolah menengah...mereka terdedah kepada sifat perkauman. Budak Melayu hanya bergaul dengan budak Melayu sahaja. Mereka berpuak dan sering meminggirkan diri. Alasan mereka ialah:-
“Saya lebih selesa dengan kaum saya”
“Keling banyak kutu”
“Cina ni tak mandi pagilah”
“Ahhh!!! Buat apa campur dengan kafir???”...dan banyak lagi.
Sedih bila kita menjadi warga Malaysia yang berbilang kaum berfikiran begitu. Anda tidak bersetuju? Anda rasa ini hanya melibatkan segelintir pelajar sahaja? Cuba ambil cuti dan lawat sekolah-sekolah dikawasan anda. Kaji sebelum bangkang. Ilmu kita menjadi terhad kerana kurangnya pergaulan dengan kaum yang lain. Kelemahan dalam penguasaan bahasa asing juga menjadi halangan untuk kita mendalami ilmu-ilmu yang lain. INI SEBAB KEDUA KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Apabila kita telah tamat pengajian, kita mencari rezeki dengan berniagaan ataupun berkerja. Calon Melayu akan mendapat gaji yang kurang berbanding dengan Calon bangsa lain yang sebaya kerana mereka tamat pengajian terlebih dahulu. Untuk bidang yang sama, universiti serta kolej yang kita sertai secara umum mempunyai jangkamasa yang kursus yang lebih panjang berbanding kolej swasta. Orang Melayu kurang memohon untuk menyertai kolej swasta kerana kekangan kewangan disebabkan yuran pengajian yang mahal dan juga kriteria kemasukkan yang tinggi. INI SEBAB KETIGA KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Selepas berkerja dan berkeluarga, kita sering berlumba-lumba untuk membeli kereta dan rumah. Dalam perlumbaan ini sering timbul rasa iri hati dan keinginan untuk bersaing. Ruma siapa lebih mewah, kereta siapa lebih mahal dan sebagainya. Mengikut statistik, kaum bumiputeralah yang paling banyak berhutang dan komitmen orang bumiputera jauh melebihi kemampuan dan kita tumpas dengan tabiat buruk kita. INI SEBAB KEEMPAT KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Dalam bidang pelaburan pula, Melayu adalah kaum yang paling kerap membuat pilihan yang salah ketika melabur. Skim cepat kaya, pelaburan sijil emas, pokok gaharu, tanah balak, gelang magnetik, swiss cash dan banyak lagi adalah menjadi kegemaran orang Melayu. Biar cepat untung. Fakta tidak penting. INI SEBAB KELIMA KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Apabila usia meniti setengah abad, azam telah berkurangan. Walaupun diberi pelbagai peluang, mereka akan menolak. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka – “Cukuplah dengan apa yang ada. Saya dah tua. Apa lagi yang saya boleh buat. Masa saya dah lepas.” Yang masih ingin mencuba pula mengambil masa yang lama untuk bertindak. Nak isi borang pinjaman pun ambil 2-3 minggu. INI SEBAB KETUJUH KEGAGALAN ORANG MELAYU.
Sebenarnya ada lagi banyak sebab-sebab lain tetapi ini adalah antara yang paling ketara. Jangan menidakkan apa yang saya kongsi kerana nak menjaga muka sendiri. Sedar akan kelemahan diri, berusaha untuk membetulkannya dan majulah demi agama, bangsa dan negara. InsyaAllah, peluang masih ada.
Sumber:FB shah sovi
No comments:
Post a Comment