Friday, August 23, 2013

masala vadei

RESEPI MASAL(A) VADE) I:

BAHAN-BAHAN:

250 gm. kacang dal (pilih Dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper). Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Ambil satu sudu besar kacang dal yang telah rendam dan simpan.
2 tangkai cili kering dihiris halus.
1 biji bawang besar labu yang bersaiz sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala (tak kemestian kalau ada gunakan).
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.

2. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada hasil kisaran yang terdapat dalam bekas. Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlubuat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata

3. Ambil hasil pes campuran tadi dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang. Nota: Kalau anda tidak berpengalaman atau mahi, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).

4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami "vadeh" yang akan gorengan. Dalam gorengan vadei ini minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apai dapaur untuk vadei masak sempurna.

5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam satu masa kerana akan menurunkan suhu minyak gorengan anda. Goreng 4 atau 5, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain semasa gorengan. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan biasanya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan bueh-bueh semakin kurangan keluar melalui vadei.

Selamat mencuba.

sumber:FB mamak haji

No comments: