SEDIKIT KETERANGAN MENGENAI TEPUNG GANDUM.
Tepung gandum yg dikisar terus dari biji gandum tidak boleh digunakan serta-merta untuk buat roti atau proses baking. Tepung yg hasilkan dari kisaran ini perlu disimpan untuk proses penuaan (ageing proses). Ia sebenarnya proses dimana tindak balas oksigen dlm udara dan glutenin protin dalam tepung utk membentukan rantaian glutenin yg panjang. Selepas kurun ke-20 penggunaan penggunaan bahan kimia digunakan utk mempercepatkan proses penuaan tepung dan menjimatkan ruang penyimpanan (store) telah menjadi perkara biasa. Bahan-bahan kimia biasa seperti potassium bromate menjadi pilihan, selain itu bahan kimia peluntur seperti benzoil peroxide dan klorin dioksid digunakan untuk memutihkan tepung seperti asal. Maka kalau ada pembuat roti mengatakan roti tidak menggunakan bahan kimia..adakah ia betul?.
Sumber: FB mamak haji
Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Thursday, September 5, 2013
Serba serbi Serbuk
MEMAHAMI SERBUK PENAIK, SODA DAN YIS DAN GARAM AMONIA.
Baking Powder atau serbuk penaik ini ada dua jenis ia itu single action dan double action. Inilah sebab ada serbuk penaik yang berharga murah dan ada yang berharga mahal. Double action atau dwi tindakan ini ialah, berkembang dua kali, sebelum masak dan semasa masak. Anggaran biasa kegunaan BAKING POWDER biasanya ialah 2 cawan tepung dengan 1/2 sudu kecil. Soda pula digunakan untuk meronggakan tepung dalam masakan kita kerana udara yang dibebaskan adalah lebih bersaiz besar berbanding dengan baking powder. Yis pulak sejenis kulat yang hidup dan membiak dalam tepung mengikut suhu sekeliling. Yis amat sesuai digunakan untuk cucur udang, kalau pakai baking powder saja ia tak menjadi. Kalau guna bersama ia akan lebih lembut hasilnya. Biasanya Yis akan mengembangkan teppung gorengan tetapi sukar nak kekalkan kembangan melalui udara dan baking powder ambil alih tugas untuk mengekalkan kembangan ini bila sejuk. Cucur udang yg digoreng yis memang kembang baik masa pansa tapi bila sejuk ia mengecut. Cuba tambah baking powder sikit ia akan kekalkan kembangannya. Biasa dengar nama kueh "batang koh" disini?. Ia itu sejenis kueh menggunakan yis dan tepung dan dipotong memanjang dan di goreng dan sedap dimakan dengan sambal kacang?. Sebenarnya kueh ini orang kita buat mengikut kueh orang Cina yang di gelar "you tiau" atau orang KL gelar, "Cakoi". kueh "you tiau" orang Cina lebih ranggup dan putih tepungnya. "Batang koh" yang dijual pasar malam itu seperti roti bun goreng je..liat!. Rahsia untuk memutihkan tepung you tiau ialah penggunaan bahan masakan "alum". Jangan terkejut kalau dengar namanya. Sebenarnya alum ialah orang kampung panggil "Tawas", yang biasanya orang kampung gunakan untuk menjernihkan air telaga kalau keruh. Ini dipanggil "bleaching" tepung gandum dalam bahasa masak...hahaha. Inilah sebab pau tepung biasa kita buat warnanya tak putih mcm cuci dengan sabun breeze. Sekiranya gunakan tepung pau yang jual itu dapat hasil warnanya putih melepak. "you tiau" kueh cina itu garing dan rangup dipermukaan luar, ini disebabkan ia diadunkan dengan garam amonia masakan, Garam amonia ini biasa digunakan untuk kueh biskut untuk jadikan garing. kena tahan bau dari garam amonia oklah....hahaha!. Untuk meronggakan kueh batang koh didalamnya perlu gunakan soda. Inilah "cha koi" yang garing dan enak. Kueh ini memang banyak rahsia diselindungkan oleh pembuatnya. Kadang-kala semasa merayau di pasar malam banyak mamak haji nak tegur. Tapi teguran selalunya orang kita tak mahu terima. Mamak haji dari belajar masak sampai ke tua sekarang memang tak suka buat kueh. Mamak haji angkat tangan, memang tak minat tapi minat temgok kueh yang unik dari hasil tangan begitu artistik. Sekiranya pengunjung nak resepi kueh dan kek-kek yang mengancam kunjungilah blog-blog yang hebat ini.http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/ atau http://zalinah.blogspot.com/ atau yang terror buat kek: http://qasehququinnie.blogspot.com/ depa ini memang terror buat kueh-muih ini.
sumber: FB mamak haji

Tortillas mamak haji
RESEPI: TORTILLAS.
Salam, selepas capati, mamak haji teringin nak tulis resepi "Tortillas". Selera mamak haji bertukar kepada Tortillas ini kerana tepung atta yang baik dan bemutu untuk membuat capati sukar didapati dan juga kos yang agak mahal dari harga tepung gandum. Keenakan tortillas ini lebih sedap dan boleh dimakan dengan berbagai-bagai lauk dan cara. Sekiranya anda ke Pasar-pasar raya mungkin tortillas ini begitu mahal harganya sehinggakan bungkusan 5 keping tortillas harga mencecah RM7.90. sebungkus dan tortillas sejuk beku ini satu kelemahan ialah ia berat dan tidak segar dan kadang-kala ia dicampurkan dengan bahan pengawet. Maka tortillas yang kita buat sendiri bukan saja mudah tetapi murah, ringan dan segar. Caranya sama seperti capati tetapi ia gunakan baking powder (serbuk penaik).
BAHAN-BAHAN:
2 cawan (cup) tepung gandum.
3/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder).
1/2 kecil garam (kalau kurangkan lagi baik).
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas (mendidih).
CARA-CARA:
1. Cara buatnya sama seperti capati tapi bezanya gunakan air betul-betul didih. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan baking powder dan garam. kacau rata adunan. Tambahkan minyak masak kedalam adunan itu dan kacau lagi sehingga tepung jadi bergentil-gentil.
2.Tuang air panas kedalam adunan itu dan kacau dengan garpu supaya diadun dengan baik. Apabila suhu tepung agak reda bolehlah mnggunakan tangan untuk menjadikan doh yang lembut dan licin permukaan.
3. Biarkan doh ini dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.
4. Jadikan bebola 10-12 biji. Lenyekan seperti capati. Bakar seperti cara capati. Suhu kuali perlu panas dalam proses ini. Bakar cuma 1 minit untuk satu permukaan tortillas anda. Sudah siap roti tortillas anda. Imgat!, gunakam cara Pembakaran roti tortilla ini sama seperti capati.
RESEPI KENTANG BERCILI UNTUK MAKAN BERSAMA TORTILLAS.
BAHAN-BAHAN:
5 biji kentang bersaiz sederhana direbus empuk, dikupas kulit dan dipotong dadu.
3 sudu besar minyak masak.
1 sudu besar pes halia bawang putih.*
1 biji bawang besar dihiris.*
1 sudu kecil serbuk jintan putih.*
1 sudu besar serbuk cili.* (ikut suka kepedasan).
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.*
2 ranting daun kari atau satu pokok daun saderi.
1 sudu kecil garam atau secukup rasa.*
1 sudu kecil lada sula (serbuk atau kasar).*
1 sudu kecil gula pasir.*
1 biji tomato di dihiris memanjang.
CARA-CARA:
1. Panaskan kuali bersama minyak masak. Masukan bawang dihiris dan bila bawang bertukar warna keemasan, kecilkan api dapur dan masukkan pes halia bawang putih bersama semua bahan yang bertanda*, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih, lada sula, gula dan garam. Bila keharuman naik baunya masukkan daun kari, hirisan tomato dan akhir sekali masukkan kentang dipotong dadu.
2. sebatikan semua perencah dengan ubi kentang. Sekiranya cepat kerak terbentuk masukkan sedikit air. Masak 3 minit. Perahkan sedikit air limau. Kentang bercili anda telah siap.
3. masukkan kedalam tortillas berbentuk kon atau pun boleh juga digulung tortillas menggunakan inti ini.
4. Untuk kanak-kanak boleh juga disajikan dengan disapu jem buah-buahan kesukaan dan digulung dan dipotong serong. Berbagai-bagai cara boleh jadikan inti tortillas ini. Dengan sebab inilah tortillas ini begitu popular di negara barat terutama di Spanyol. Mudah , murah dan cepat. Jangan lupa cuba.
Sumber:FB mamak haji

koay teow kerang
Bahan-bahannya:
2 bungkus koay teow – dicuci dan ditoskan
100 gram isi kerang rebus
3 genggam taugeh, dicuci dan ditoskan
Daun kucai – sekiranya suka
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Kicap manis secukupnya
Sos ikan/sos sotong secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 senduk nasi minyak jagung
Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu besar cili kering kisar
Bahan-bahan hiasan:
Hirisan cili merah
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Hirisan timun
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak. Goreng isi kerang sehingga kecut. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga terbit minyak.
3. Setelah terbit minyak, masukkan ½ cawan air, sos tiram, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
4. Kemudian masukkan kerang, diikuti dengan koay teow, kicap manis, dan sos ikan/sotong. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan taugeh/kucai, kacau sehingga semua mesra. Pastikan taugeh tidak layu.
6. Angkat dan alihkan dalam bekas. Tabur hirisan cili, daun sup/daun bawang, dan bawang goreng. Bolehlah dihidangkan semasa panas.

islam dan pemakanan
ISLAM DAN PEMAKANAN:
Bila ilmu pengetahuan mudah diperolehi, semakin ramai berpengetahuan dalam pemakanan mereka dan ramai yang sudah mula mengambil berat tentang makanan yang mereka ambil dari sudut kesihatan. Mengenai cara permakanan dan bahan makanan banyak tersebut dalam Al- quran dan Hadis. Surah Al- Baqarah: ayat 168: maksudnya, "Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya, syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu". "Tayyib" dalam persuratan bahasa Al-Quran bermaksud makanan kesihatan atau "health food".
Satu lagi surah di Al-Quran mengenai makanan ini: Surah Al-An'nam: Ayat 141 : " Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamanya dan tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk dan rupanya); dan buah zaiton dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersama (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakannya); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau."
Kadang-kala kita membaca tetapi jarang amalkan apa yang kita baca. Banyak juga hadis-hadis mengenai bab pemakanan ini. Banyak hadis mengatakan Rasullullah s.aw. amat gemar makan daging kambing. Tapi kita lebih suka makan daging lembu dari daging kambing kerana kita anggap, "daging kambing banyak kolestrol". Yang banyak kolestrol itu daging kambing import (kambing biri-biri) bukan daging kambing kampung.
Dlm sahih Bukhari 65:365 Nabi s.aw. bersabda: Bermaksud, "sesiapa yang makan 7 biji kurma "Ajwa" pada setiap pagi, boleh menghindarkan dari racun dan perbuatan sihir pada hari yang dia makan". Bila mamak haji tulis mengenai sihir, ada yang kata, Mamak haji temberang, Ada pula mengatakan, mana ada sihir menyihir ini. Ini Nabi Besar s.a.w sabda tentang sihir dan makanan yang boleh membantu menghindarkan sihir.
Dalam Sahih Bukhari juga 65:366 Dari Ibn Abbas r.a: "Nabi s.a.w bersabda, bila mana habis makan jangan lap tangan sebelum tangannya dijilat terlebih dahulu.". Bila dalam jamuan yang dianjurkan oleh orang Islam, kita jilat tangan orang pandang kita macam loya?. Kita perlu mengajar sunnah Nabi s.a.w tentang makanan dan adab makan ini kepada anak-anak kita
Kopi Oh Kopi
ANDA INGIN MENJADI PEMBANCUH KOPI YANG TERBAIK?:
Sebelum mempelajari "Bancuh kopi" , perlu juga memahami jenis-jenis serbuk kopi yang terdapat dalam pasaran tempatan. Kopi yang dimaksudkan ialah serbuk kopi yang dikeluarkan oleh kilang IKS tempatan atau pun Industri serbuk kopi tempatan yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat bumiputra atau pun kaum Cina yang menggunakan resepi terun-temuran. Kopi ini dipopularkan di Negara ini se awal kurun ke-19 (1896) oleh penjajah British. Adalah dikatakan Serbuk kopi biasa atau panggil biasa kopi kampung ini mula diniagakan secara kedai kopi awal tahun 1900 yang digelar kopitiam. Kesegeran kopi lebih bergantung kepada tarikh diproses biji kopi itu tidak melebihi enam minggu dari tarikh mula digoreng biji kopi bersama majerin dan gula. Harus ingat kesegaran wangi kopi bukan terletak pada tarikh luput yang terdapat di bungkusan kopi. Jadi anda kena pilih serbuk kopi yg baik, bukan murah tapi agak sesuai untuk perniagaan. Mamak Haji sarankan anda membeli terus serbuk kopi dari kilang kopi lebih murah dan dapat kopi yang segar. Setiap kilang kopi ini biasanya menjual secara runcit kepada pembeli. Kopi yang anda beli di pasaraya entah tahun berapa di sediakan tak tahu pulak nanti. Tarikh luput juga kadang-kala berubah-ubah dinegara kita ini. Pada permulaan anda boleh cuba dgn bermula dgn serbuk kopi yg berjenama popular atau pembekal kopi yang biasa digunakan oleh peniaga kawasan perniagaan anda. Serbuk kopi yang dibungkus bila dibuka akan menyerap udara maka Kopi bila menyerap udara akan kehilangan aroma dan menjadi keras, dengan sebab ini bila bungkusan dibuka perlu di simpan di bekas kedap udara.
Anda jangan terkejut apabila anda memesan "KOPI" di kedai kopi, anda akan dapat kopi susu. Kopi susu ialah edisi yang di ubah-suai oleh pemilik-pemilik kedai kopitiam untuk menghilangkan aroma pahit kopi yang sebenar dan jadikan lebih berkrim. Penyediaan air kopi mempunyai beberapa nama seperti: kopi bermakna kopi + susu manis, kopi -0 bermakna kopi hitam + gula, kopi kosong bermakna kopi tidak ada campuran susu manis atau pun kandungan gula, kopi kaw bermakna kopi dan susu yg agak berlebihan dan kopi 'peng' bermakna kopi ais. Untuk menyediakan air kopi biasanya serbuk kopi 3-4 sudu masukkan dlm penapis kain kopi dan masukkan air panas dalam 'koleh' kopi. Untuk mendapatkan pati air kopi yg pekat perlu dibiarkan 1-3 minit untuk kopi meresap kedalam air melalui penapis. Kopi meresap agak lama bukan seperti serbuk teh yang cepat meresap. Biasanya disinilah masalah bagi pembancuh kopi. Kalau nak cepat perlu tambah serbuk kopi yg banyak maka rugilah serbuk itu. Kalau membiarkan kopi itu meresap pulak pada masa yang sama air pati kopi akan sejuk dan kalau ditambah air panas dalam bancuhan kopi itu akan menjadi air kopi suam dan mungkin rasa kopi akan hilang. Biasanya untuk mengelakan pati kopi jadi sejuk, bancuhan dalam koleh itu perlu sentiasa dipanaskan diatas penutup "boiler" air panas yg bertutup sebelah tetapi pastikan pati kopi anda tidak cepat sejat.Kalau sejat tambahkan air panas. Harus ingat segala perkakas bancuhan kopi dan teh tidak baoleh dicampur aduk. Sekira bercampur maka aroma teh akan menjadi aroma kopi campur teh.Anda perlu sediakan satu peralatan bancuhan kopi dan satu lagi set bancuhan teh.
Untuk membancuh kopi anda perlu masukkan susu manis dulu dalam cawan. Biasa untuk kurang pengalaman mereka akan masukkan susu dalam cawan dengan sukatan paras gelas. Pembancuh air minuman boleh cuba segelas untuk mencuba kemanisan dan juga kepekatan.Susu pekat manis kini lebih bergula dari berlemak kerana banyak gunakan pati kelapa sawit bukan susu sebenar. Kemanisan dan lemaknya berlainan dari jenama ke jenama lain. Maka pemilihan susu pekat ini perlu diberi perhatian. Pada kebiasaannya tukang pembancuh akan memilih jenama yang dia mahir. Berikan sedikit keleonggaran dlm hal ini. Kepekatan air pati kopi biasa tidak lut sinar dan kehitaman. Mamak Haji rasa inilah teknik perlu perbetulkan. Yang lain pembancuh kopi perlu cari kesesuain bancuhan ikut selera pelangan dan pandai menyesuaikan kedaan permintaan sibuk. Bancuhan air kopi peng biasa satu perempat air kopi dan 3/4 ais. Air kopi panas akan cairkan 1/4 dan jadikan air kopi. Maka air kopi anda anda rasa sejuk bila diminum. Ini sajalah mamak haji nak berkongsi, pengalaman dan masa akan mengajar akan mengajar cara terbaik untuk kita. Jangan risau bancuh saja...dlm business ini kena tahan maki...hahahaha!. Lama-lama eloklah bancuhan air kopi anda.Wassalam.

Resipi begedil ayam
RESEPI BEGEDIL AYAM
Begedil Ayam atau " Chicken Cutlet " adalah makanan ringan yang amat sedap dimakan bersama dengan sebarang menu utama. Di Johor Bahru mamak pernah dihidangkan begedil daging bersama dengan mee soto. Maka mamak rasa begedil ini boleh juga dimakan bersama hidangan bihoon sup, nasi lemak atau makan bersama dengan nasi . Walau pun begedil ini disediakan berbagai seperti isi ikan, daging atau ayam mamak pilih ayam kerana daging ayam adalah putih dan ia boleh dikategorikan makanan sihat. Begedil adalah masakan yang paling mudah disediakan, kos dan bahan masakan yang paling minima, dan sedap untuk dimakan. Pengusaha Kantin dan Restoren boleh mencuba resepi ini sebagai menu sampingan tambahan kepada resipi-resipi harian yang sedia ada dengan menggunakan ketulan lauk ayam yang yang berlebihan dari jualan harian. Tapi kena ingat, basuh bersih ketulan dan rebus ketulan ayam itu kembali sekurang-kurang dengan api sederhana selama 30 minit.
Bahan-bahan.
Daging Ayam 1/2 kg. (2-3 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan dan direbus dengan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
5-7 bji kentang sederhana besar.
1 biji bawang besar dicincang (kiub).
2 batang daun sup dicincang.
2 cili hijau atau cili merah dipotong halus.
1/2" halia dicincang.
1/2 sudu jintan putih (kalau suka berempah).
Secubit serbuk lada putih.
1 biji telur dipukul rata untuk disalut dan goreng begedil.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk goreng.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ketulan ayam dan rebus. Setelah isi daging ayam cukup masak, keluarkan dan carikan isi ayam. Tulang daging ayam perlu dihindarkan.
2. Kopek kulit ubi kentang, potong dadu ubi kentang dan goreng sehingga lembut. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Terus masukan dan bekas dan lenyek ubi bersama ayam tadi. (ubi mudah dilenyek semasa masih lagi panas).
3. Masukan daun sup, bawang dihiris halus, cili hijau, , lada putih, Jintan putih dan garam.
4. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda ingin dan diakhiri dengan leperkan sedikit (seperti cucur badak).
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak dengan masuk dua tiga titik telur yang dipukul yang disediakan.
7. Setelah minyak panas, Celurkan dalam telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Anda yang pertama kali buat cuba goreng satu persatu. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya. Terbalikan gorengan dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna. Gorengan ini cuma dalam 3-4 minit saja. Keluarkan begedil dari kuali dan letakan di atas tuala kertas dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan. Selamat Mencuba

Pes Char koay teow
PENYEDIAAN PES ATAU KUAH CHAR KOAY TEOW dlm resepi Char kuoy Teow Pulau Pinang adalah sangat penting dalam penyediaan resepi ini. Jangan lupa kicap cair yang digunakan ialah "kicap cair cina" yg punyai logo HALAL JAKIM. Kicap ini ada bermacam jenis, kicap melayu, kicap Indonesia, kicap jepun, kicap korea. Setiap kicap ini tidak sama rasa.
Bahan-Bahan:
1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 mangkok (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125 ml (1/2 cup) kicap sos Ikan cop Ikan / Fish sauce.
250 ml (1 cup) kicap sos cop Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.
RESEP: CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG:
BAHAN-BAHAN:
1 kg. kuey teow.
7 biji telur.
300gm taugeh.
250 gm daun kucai
1 kilo udang besar segar bersaiz " A".
250 gm Cili Kisar.
5 ulas bawang putih (kupas kulitnya dan ditumbuk kasar/crush dan masukan dalam cili boh).
1 cup minyak masak.
CARA-CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.
2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci. Taugeh dibasuh bersih.
3. Panaskan kuali dengan api yang kuat, apabila kuali panas masukkan minyak masak. Masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan kuali dari dapur dan masukan udang dalam alam sebuah bekas asing. Kuali yang bertangkai kayu amat sesuai untuk menyediakan resepi ini.
4. Panaskan kembali kuali dan masukkan 1 sudu kecil cili boh (kepedasan terpulang pada rasa anda) bersama bawang putih yang telah hancurkan ke dalam cili boh - minyak gorengan udang mencukupi untuk gorengan seterusnya.
5. Masukkan secekak kuey teow, taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras 3-5 saat sudah memadai. Masukkan 2 senduk pes yang telah sedia ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera keluarkan kuali dan tuang kedalam pingan hidang tersedia. Masukkan udang yang tersedia goreng ke atas kuey teow anda. Boleh guna cili jeruk untuk menambahkan kelazatan. Sila hantarkan e-mail untuk resepi "cili jeruk".
6. Proses masak kueh teow 1 hidangan ini gunakan api yang keras dan seluruh masa masak cuma 2-3 minit. Bayangkan kepantasan yang anda perlu ada pada anda. Masakan ini perlu masak satu demi satu hidangan. Tidak boleh masak selonggok seperti kuey teow goreng. Masak sepingan demi sepingan. Suri rumah tidak perlu berebut seperti tukang masak mahir. Boleh gunakan api max didapur dan masak perlahan sedikit tak mengapa. Uji hidangan pertama untuk rasa garam dan kuahnya secukup. Hidangan seterusnya anda akan mengetahui sendiri apa yang kurang dan lebih. Kicap ini ada berjenis-jenis dan kemasinan dan warnanya tidak seimbang sebab itu hidangan pertama adalah Test Food anda untuk menetukkan pes anda dan juga kuatiti bahan yang telah diadunkan.
7. Simpan pes/kuah yang berlebihan ini ke dalam peti sejuk. Boleh digunakan untukgoreng mee atau beehoon dan maggie yang lazat atau pun resepi kuey teow kerang. kuey teow yang tidak digunakan jangan sekali simpan dalam peti sejuk. Bila masak kuew teow anda akan hancur.
Resipi cili jeruk untuk dimakan dgn char koay teow.
Resipi cili jeruk....cuci cili hijau ,toskan...masak cuka dgn sedikit gula,sedikit air,sekejap sahaja dlm 5min....tutup api sejuk kan....potong cili hijau jgn halus sgt ,jgn kasar sgt....letak dlm tapis yg jarang ..tampi2kan supaya bijinya jatuh smua....masukkan dlm bekas tuanglah cuka yg dh suam td....tuk perhatian....biji cili hendaklah di buang supaya cili jeruk tahan lame,cuka nya jernih..lambat basi...segar....

RESEPI CHAR KOAY TEOW PULAU PINANG
RESEPI CHAR KOAY TEOW PULAU PINANG: BHG 1.
Char kuey Teow Pulau Pinang ini adalah resepi Melayu Pulau Pinang atau orang utara semenanjung yang telah diubah-suai dari Char Kuey Teow yang asal. Resepi ini berbeza dengan dengan Char Kuoy Teow masakan Cina yang biasa atau resepi Indonesia "kwetiau Goreng". Char kuey Teow Pulau Pinang adalah kuey Teow Goreng Basah yang berkuah berwarna merah pudar yang lazat. Bukan yang berwarna hitam yang digelar juga char kuey teow basah. Sajian ini biasanya cuma terdapat di tempat-tempat tertentu di Pulau Piang. Tidak ada di restoren nasi kandar yea. Di Pulau Pinang Char kuoy Teow yang terkenal dengan paling sedap terdapat di sekitar Permatang Pauh, Sungai Dua, dan Seberang Prai. Anda perlu ke kedai yang khasnya menyediakan hidangan ini. Di Restoren biasa anda cuma boleh dapat Kuew teow Goreng atau pun yang basah yang berlainan resepi dan rasanya. Menyediakan resepi ini perlu gunakan api dapur yang keras dan besar. Kecekapan guna kuali dan kelajuan tukang masak terdiri dari anak-anak muda Melayu sangat menakjubkan. Sekiranya anda melancung ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ini. Harga se pinggan biasa RM3.50 dan special RM4.50. Special atau istimewa hidangan ini ditambah dengan telur goreng mata lembu dan juga tambahan udang besar segar. Rahsia kelazatan resepi ini bergantung kepada penyediaan "pes" atau kuahnya dan kesegaran udang besar yang dihiaskan diatas kuey Teow. Oleh kerana Char kuoy Teow ini menjadi sinonim bagi semua kenduri dan majlis makan di Utara, maka terpaksa kali ini saya menurunkan rahsia kuah pes dan cara menyediakan Char Kuoy Teow ini kepada pengunjung blog ini. Sekali lagi Mamak cuba mengingatkan, setiap resepi baru Mamak adalah dibaik -pulih dan telah cuba dalam perniagaan dan kos penyediaan yang telah diminimumkan tanpa menganggu kelazatan asal. Masalahnya cuma kuantiti resepi Mamak ini kadang-kala dalam sekala yang yang besar sedikit. Harap suri-suri rumah tanggaa yang keluarga kecil, dapat memperkecilkan kuantiti ini mengikut keperluan keluarga. Jangan membazir.

Subscribe to:
Posts (Atom)