Tentu ramai juga yang masih tidak tahu bagaimana caranya mengenal pasti ikan yang masih segar.
Biarpun ramai yang berkata kalau membeli ikan, lebik baik di pasar kerana ikan-ikan akan terjamin kesegarannya namun selagi anda tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui dan mencari ikan segar, pasti boleh tertipu!
Untuk itu, Mingguan Wanita kongsikan dengan anda tips memilih ikan yang masih elok.
Pilih ikan yang mempunyai insang merah. Tekan sedikit dagingnya dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas di tempat yang ditekan.
Pilihlah juga mata ikan yang jernih kerana itu menandakan ikan itu masih segar. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment