Bagi anda yang mementingkan kesihatan tubuh badan pastinya akan menjaga penampilan diri tidak kira dalaman mahupun luaran. Untuk itu, amalan berdiet lazimnya menjadi pilihan golongan ini. Tetapi sekiranya anda yang baru mahu mencuba teknik berdiet, dinasihatkan untuk menambah pengetahuan dalam cara penyediaan atau teknik memasak yang betul supaya diet anda itu tidak sia-sia. Berikut ada tips yang boleh anda ikuti:
- Tos minyak yang berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak.
- Jangan menyapu makanan dengan lemak atau minyak yang menitis. Gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak atau berminyak.
- Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada menggoreng.
- Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masak dan buang semua kulit dari ayam.
- Hidangkan sebahagian yang kecil sahaja hidangan yang mengandungi lemak. Selebihnya hiding makanan seperti mi, nasi, kekacang dan sayuran.
- Gunakan putih telur dan elakkan bahagian kuning apabila perlu menggunakan telur untuk sesuatu resepi.
- Guna keju rendah lemak, mozzarella yang diperbuat daripada susu separuh krim dan lain-lain keju tanpa lemak, selain keju biasa.
- Gunakan buku masakan yang mengandungi resepi rendah lemak.
No comments:
Post a Comment