RESEPI KOBIS GORENG.
BAHAN-BAHAN:
Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih. Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
3 ulas bawang putih dihiris halus.
1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
3 ranting daun kari.
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
1/2 sudu halba campur (kalau suka)
1 sudu kecil serbuk cili.
1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
3-4 cili kering.
2 biji cili hijau.
1 batang karot di potong halus.
1 sudu kecil gula pasir.
3-4 sudu minyak masak.
CARA-CARA:
1. Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan cili kering dan bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan bawang hiris dan juga cili kering. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, kecilkan api dapur dan masukkan segera pes bawang putih halia dan serbuk kunyit.
2. Masukan juga serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula dan garam. Masukan sayur kobis. Kuat api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur kembali. Sekiranya kering sangat tambah sedikit air dan tutup gorengan dengan tudung.
3. Masakan sayur cara 'ala Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur 'ala cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
4. Buka tudung, rasa garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda, daun kari dan hirisan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan bawang goreng di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
Cuba resepi ini bersama lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang menjadi cantik dan amat menyelerakan.
—

No comments:
Post a Comment