Saturday, November 1, 2014

RESIPI: KULIT AYAM GORENG RANGUP / CHICKA- GORE oleh Mamak haji

RESIPI: KULIT AYAM GORENG RANGUP / CHICKA- GORE:
Respi ini sangat mudah..panaskan air sehingga mendidih. masukkan dua tiga titis cuka..utk hilangkan hanyir ayam. Masukkan kulit ayam seberapa yg anda ada. Bila masukkan kecilkan api dapur..masak kulit ayam sehingga masak dlm keadaan reneh (15 minit).
2. Keluarkan kulit ayam yg telah rebus masak, toskan. bila sejuk kikis lemak-lemak yg masih ada pada kulit ayam. Kikis dgn cermat jgn sampai kulit pulak dikikis. Masukkan kulit rebus ini dlm sebuah bekas dan simpan dipeti sejuk semalam atau 2 jam. Bekas simpan itu jangan tutup untuk dehyderasi air didalam kulit ayam (nak keringkan).
3. Keluarkan kulit dan sediakan tepung kering untuk salut..kalau rajin buat sendiri tepung goreng, kalau tak rajin beli saja tepung rempah goreng ayam tersedia jual. Buat dua jenis tepung.. satu kering dan satu lagi basah. Salutkan setiap kulit ayam dgn tepung kering dan celup dlm tepung yang diadun dgn air...kelikatan sama mcm tepung goreng pisang.
4. Goreng dengan minyak yg panas biasa dlm paras minyak 1 1/2 inci dalam, selama 3-4 minit. Kalau tak cukup garing..bila goreng kulit sejuk sedikit goreng semula..double fry akan berikan XXXtra rangup.
5. Boleh makan begitu saja atau cicih dgn sos cili Thai..selamat kruk..kruk hehehe.
Jgn takut lemak kulit..bila rebus... 75 % lemak telah keluar..lepas keruk lemak 20 peratus lagi dah dikeluarkan..maka dgn 5% lemak tak apa..no harm.

RESIPI: CHAR KWAY TEOW (VERSI ORG TIONGHUA PULAU PINANG)



RESIPI: CHAR KWAY TEOW (VERSI ORG TIONGHUA PULAU PINANG):
Kedengaran ketukan kuali mee goreng mamak semakin berkurangan di Pulau Pinang dengan kehadiran resipi Char Kway Teow org Cina dan Char Kuoy Teow Basah orang melayu telah mengambil-alih "Mee Goreng Mamak Jalanan"..di Pulau Pinang ini ada dua jenis Char Kway Teow yang begitu popular..resipi char kway teow org Melayu yg mamak haji dah berikan..satu lagi respi char kway teow respi org Cina Pulau Pinang.. masakan ini lain sikit dari tempat lain..
1. Bahan-Bahan Diperlukan:
- 500gm kway Teow.
- 4 sudu besar minyak masak / kacang.
- 3 sudu besar bawang putih dicincang halus.
- 250 gm udang bersaiz sederhana, kopek udang dan tinggalkan isi atau ekornya.
- 250 gm sotong putih dihiris empat segi atau bulat tebal.Kulit sotong kalau merah..rendam dalam air cuka panas..kulit merah boleh tanggal jadi putih melepak.
- 1/2 cawan kerang direbus 3/4 masak dan dikopek isi dgn garpu.
- 3-4 biji telur.
- 3 - 4 cawan taugeh segar.
- 1/2 cawan daun kucai dibasuh dan dikerat 11/2 panjang.
2. Bahan-bahan untuk buat sos perasa untuk goreng:
- 2 sudu besar kicap pekat mee (kicap mee Tamim).
- 3 kicap cair.
- 2 sudu besar sos ikan.
- Garam dan serbuk lada putih.
- 2 sudu besar air.
Adunkan dalam sebuah bekas dan sedia untuk digunakan.
3. Bahan-Bahan untuk sos pedas untuk goreng:
- 4 sudu besar minyak masak.
- 2 sudu besar bawang putih dikupas dan dihiris halus.
- 1 sudu besar belacan.
- 2 cawan cili kisar.
- 3 sudu besar gula
- Serbuk perasa dan serbuk lada putih sedikit.
4. Cara-Cara menyediakan pes/sos pedas untuk gorengan:
a. Panaskan kuali, masukkan minyak, bila minyak panas, masukkan belacan dan goreng sehingga belacan keluarkan aromanya.
b. Tentukan api dapur diserhanakan dan masukkan bawang putih dan goreng hingga menjadi warna keemasan..jangan hangus yea.
c. Masukkan cili kisar dan biarkan ia goreng sampai pecah minyak )mcm goreng sambal tumis). masak hingga 25 minit tapi tentukan jgn hangus..rajin-rajin selalu kacau sambal ini. Dalam keadaan ini masukkan gula dan serbuk perasa/ lada putih.
d. Bila dah siap angkat dan ketepikan dlm bekas..kita nak guna utk goreng nanti.
5. CARA-CARA MENYEDIAKAN KWAY TEOW GORENG:
1. Panaskan kuali dengan api dapur yang keras. Dalam gorengan mee atau kway teow ini perlukan api keras kalau tidak ia akan lembik dan putus-putus. Sebab itu mamak haji syorkan jgn masak sekali gus di rumah..goreng ikut hidang satu persatu kerna kita tidak dapur dan kuali yg khusus untuk gorengan api tinggi yea.
2. Bila kuali panas masukkan minyak dan goreng bawang putih yg dihiris, tak guna bawang yea..org cina suka bawang yg telah tersedia goreng.
3. Bila bawang goreng mula tukar warna kuning keemasan, masukkan udang, goreng sekejap, selepas itu sotong dan kerang atau fish kek yg dihiris nipis. Semas gorengan ini pastikan air tidak dikeluarkan oleh sotong, udang atau pun keras..kena pandai api dapur yea..biar gorengan kita kering tapi jgn lama kalau tidak sotong jadi tayar.
4. Masukkan kway Teow sekarang..titiskan seikit demi sedikit sos kicap yg sediakan tadi. Kalu tak cukup garan atau bahan lain tambahkan. Sentiasa kaca gorengan ini. Goreng dlm 4-5 minit.
5. Ok kita nak masukkan telur..buat kolam ditengah kuali dengan naikan kway teow ke atas dinding kuali. Titiskan minyak ditengah kuali ini dan masukkan telur. Tambah garam dan serbuk lada putih sikit. Kacau telur ini. Kemudian tutup telur ini dengan Kway teow..timbus.
6. Kini masukkan 3-4 sudu besar pes cili yg kita sediakan. Kepedasan terpulang, kalau nak pedas tambah saja pes cili ini.
7. Goreng dalam masa 3-4 minit.
8. Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai telah ditoskan air basuhannya. Kacau dalam 1-2 minit dan angkat dan hidangkan.

PENYEDIAAN PES ATAU KUAH untuk koay teow ala orang utara.

Ini cara penyediaan sos untuk kway teow 'ala masakan org utara ..sebenarnya ia senang disediakan:
PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:
Bahan-Bahan:
1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih) boleh juga guna air rebusan kulit dan kepala udang..kalau ada.
1 cawan (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250 ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125 ml (1/2 cup) Kicap sos ikan cap Ikan.
250 ml (1 cup) Kicap sos ikan cap Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja. Kicap cair yg digunakan mestilah jenis kicap org Cina yg disahkan halal oleh JAKIM yea..
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.

Kisah dal bersama Mamak haji

Jom kita ambil tahu sedikit tentang Kuah Dal atau orang Utara gelar kuah paruppu ini. Kuah dal yang mamak haji ingin kongsi ialahyg paling diminati di India dan juga rakyat keturunan Tamil di negara ini. Dal atau Parpu atau namanya terkenal di India sebagai, 'Toor Dhal', atau dalam bahasa tamil digelar, "Thuavaram Paruppu", adalah sumber protein utama untuk orang-orang yang mengamalkan diet sayuran atau vegetarian diet. Penganut agama Hindu adalah golongan yang amalkan diet vegetarian. Maka Dal/Paruppu ini menjadi makanan utama bagi mereka ini untuk sumber Protein.
Di negara kita kari parpu ini di minati oleh segala golongan masyarakat kerana ia adalah kari pencicah yang menambahkan kelazatan bagi Roti Canai. Kesedapan Set Roti Canai yang sedap bukan saja bergantung kepada pembikinan rotinya tetapi kari parpu juga memainkan peranan utama untuk melazatkan hidangan roti canai ini.
Biasanya kari Dal ini digelar oleh orang Tamil di malaysia ialah "Parpu sambar" ia berlainanan sedikit kerana sering gunakan sejenis adunan rempah yang digelar, "parpu podi". Jadi ia tak sama dengan kuah roti canai yea. Seluruh keenakan masakan kari dal ini bergantung kepada cara masak kacang dal itu sendiri.
Kacang Dal/parupu yang terdapat dalam negara kita biasanya ada tiga jenis. Jenis pertama kacang parupu yang berwarna kuningan dan leper yang diimpot dari Negara India. Ia lebih leper sedikit dan nipis dan cepat masak.
Jenis kedua dari negara Australia atau pun orang India gelarkan 'Paruppu Australia". Dal/Parpu jenis ini bersaiz besar dan tebal sedikit dari paruppu dari India. Ia murah dari parupu dari India. Biasanya parupu ini lebih sesuai untuk perniagaan dan amat sesuai buat kueh "masala vadeh" sejenis makanan ringan yang amat diminati di negara kita. Maka parupu Australia ini menjadi pilihan utama di negara ini.
Kacang Dal / Parupu jenis ketiga ialah parupu jenis berwarna oren dan selalunya digelar "Parupu Mysore". Parupu ini mempunyai keistimewaan dengan memberi rasa, haruman dan warna yang sangat terbaik. Kacang parupu ini lebih mahal dari kedua jenis parupu tadi. Ia lebih bersaiz kecil dari kedua-dua jenis parupu yang mamak haji terangkan. Paruppu ini sering digunakan dalam resepi Benggali.
Satu lagi jenis seperti parupu yang mamak haji nak terangkan ialah, "Gram Dal" atau pun kita sering gelar,"kacang kuda." Gram dal ini adalah kacang kuda yang dibuang kulit dan terbelah dua. Warna dan saiznya seakan paruppu tetapi ia lebih mahal dari harga kacang parupu. Jangan salah pilih.
Sebutan DAL itu perlu difahami kalau tidak keliru. Maka inilah sebab mamak haji gunakan perkataan parupu ini lebih sesuai. Ramai juga di negara kita gelar DAL untuk parupu. Ia akan megelirukan anda dengan resepi DAL - CA disebut. DALCA sebenarnya gunakan kacang parupu bukan gunakan kacang DAL atau GRAM DAL.



Tips:
 Biasanya parupu yang sedang rebus akan membuak sama seperti masak nasi. Untuk elak membuak, tambahkan minyak masak sedikit masa masak kacang dal ini dan rebus sehingga kacang paruppu lembut (kalau dipicit diantara dua jari ia akan hancur) Cara masak parupu ini sama dengan masak resepi DALCA. Satu keistimewaan kari parupu ini ialah ia boleh disediakan dengan apa saja sayur-sayuran seperti labu air, kacang panjang, kentang, terung, labu ular, labu manis, carrot dan sebagainya untuk melazatkan lagi kari parupu ini. Tapi yang lazimnya ialah kentang, kacang panjang, terung, karot dan tomato..tambahkan keunikan rasa kari paruppu ini...

Kacang parupu yg belum masak jangan sekali-kali simpan dlm peti sejuk yea...jgn beli kacang paruppu dari supermarket atau hypermarket yang mendedahkan kacang parupu dibawah kesejukkan air cond yang terlalu bersuhu rendah atau dekat dgn bhg sayuran ataubahagian cold storage. Beli kacang paruppu telah dibungkuskan atau kedai runcit biasa..ambil masa yang lama untuk empuk.

Untuk masak 1/2 kilo parupu ia mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit ke 1 jam lebih dengan api dapur biasa. Dengan sebab ini, cara terbaik masak parupu perlu menggunakan "pressure cooker" atau pun kacang parupu terlebih dahulu direndam. Air yang digunakan untuk rebus kacang parupu perlu cukup setakat untuk masak kacangnya untuk menjaga keseluruhan kelikatan kuah kari parupu. Biasanya sukatan air untuk masak parupu ialah 2 kali ganda paras air dengan paras kacang parupu.

TIP - TIP MEMBELI DAN MENYIMPAN DAGING AYAM oleh mamak haji

TIP - TIP MEMBELI DAN MENYIMPAN DAGING AYAM.
Cerita supermarket kat negara kita..ayam sejuk bekuan dicairkan aisnya dilembutkan dipaparkan sebagai ayam segar...bila tak habis simpan balik dlm bilik sejuk beku..esok keluarkan rendam dlm air utk menyahkan ais..jual mcm ayam segar juga..sapa kita nak tegur depa?..pihak yg ada kuasa pun buat tak erti saja.
Suhu simpan ayam lain, suhu simpan daging lain dan ikan pun lain juga..tapi di negara ini suhu untuk kesegaran bahan makanan tak pernah dipraktikan..roti digigit tikus pun dijual.Bila tegur muka buat selmba..bahan makanan dlm tin kemek pun jual..tanda harga barangan lintang pukang, di sengajakan utk keliru pembeli atau pengurusan yg malas kita tak tahu..harga ditulis tangan mcm seni khat sehingga 99 itu seperti 00 dan 7 itu seperti 4...lantak pii lah. Di pasar basah tempatan bila pihak berkuasa memeriksa timbang..semua peniaga tukar penimbang baru yg masih dalam salut plastik...hahaha.
Sekiranya anda membeli ayam sejuk beku(frozen) untuk simpanan, tentukan ayam tersebut dibungkus rapi dan tiada bahagian ayam itu telah lembut dan cair dari pembekuan. Sekiranya terdapat ayam sejuk beku telah dilembutkan atau cairkan. JANGAN SEKALI-KALI SIMPAN KEMBALI DALAM PETI SEJUK UNTUK MEMBEKUKAN KEMBALI. Proses dari beku kepada cair dan bekukan kembali akan mengalakan pembiakan bakteria yang bahaya dalam daging ayam. Beli jumlah ayam yang hanya perlukan untuk masak. Jangan simpan ayam sejuk beku yang dibeli di pasar raya dalam keadaan lembut atau cair. Sekiranya ingin membeli untuk simpan, beli yang sedia telah dibekukan. Ayam yang segar perlu masak selepas 12 jam di sembelih dan dibersihkan. Air dan darah ayam tidak boleh kontiminasi pada bahan makanan yang berada dalam peti sejuk anda. Ayam segar sekiranya disimpan dalam peti sejuk perlu digunakan dalam tempoh dua hari saja. Ayam sejuk beku boleh digunakan dalam tempuh 8-12 bulan mengikut tempuh tertera dalam bungkusan. Semasa proses sejuk bekukan ayam, tentukan udara perlu dikeluarkan dari bungkusan plastik sebelum diikat kemas dan simpan dalam Freezer.

tazkirah hari ini 114:[LIVE 1.11.2014] CERAMAH PERDANA "TAK HIJRAH CEROIIIII" - Ustaz Nazri Ha...

Petua untuk menghilang penyakit migraine

Petua untuk menghilang penyakit migraine
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein
migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Selamat Mencuba ..

Friday, October 31, 2014

Berhutang dalam islam

DEWASA ini, manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kesempurnaan hidup sehingga memerlukan mereka berhutang.
Golongan ini berpegang kepada prinsip gaya hidup mewah meskipun hutang keliling pinggang. Punca utama mereka berhutang adalah untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kepada rakan-rakan serta memiliki harta yang lebih daripada orang lain.
Sikap pembaziran tanpa keperluan ini adalah dilarang sama sekali oleh Allah SWT sebagaimana disebut dalam surah Al-Isra’ ayat 27: Ertinya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.
Namun, pada zaman moden yang mencabar ini, kos hidup dan harga barang keperluan semakin mencanak naik. Rentetan itu, kita terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ia secara tidak langsung menjadikan berhutang sebagai lumrah dalam kehidupan manusia. Kita terpaksa berhutang untuk membeli kenderaan, rumah, perabot dan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Justeru, berhutang sebagai perkara yang tidak dapat dihindarkan pada hari ini.
Konsep berhutang
Jika dilihat dari perspektif syariah, secara umumnya tidak ada halangan untuk berhutang dalam memenuhi keperluan masing-masing.
Antaranya, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang menyebut: Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)”. (Al-Baqarah: 282)
Ayat di atas menunjukkan bahawa konsep berhutang adalah dibenarkan dalam kehidupan manusia. Ia juga menggariskan beberapa syarat dalam berhutang seperti mestilah direkodkan bagi mengelakkan pertelingkahan bagi pihak berkontrak pada masa depan.
Bagaimanapun, Allah telah menjelaskan bahawa berhutang mestilah bersandarkan kepada beberapa kontrak yang diiktiraf syariah dan bukannya dengan cara yang tidak diredai Allah seperti riba.
Ini dapat dilihat dalam firman Allah tentang pengharusan jual beli dan pengharaman riba dalam ayatnya: Ertinya: “Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.Allah kurangkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan melalui) sedekah. Dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.” (Al-Baqarah: 275 hingga 276).
Berdasarkan ayat-ayat yang dikemukakan di atas, meskipun Islam membenarkan konsep hutang tetapi Islam telah menggariskan beberapa penekanan utama perlu diperhalusi dalam hal ini.
Hutang itu dibolehkan tetapi mestilah melalui mekanisme yang dibenarkan oleh Islam iaitu melalui kontrak yang berlandaskan syarak dan menjauhi elemen riba.
Di samping itu, Islam juga menegaskan supaya kita bersegera dalam membayar hutang untuk mengelakkan hutang berpanjangan dalam kehidupan kita.


Perceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN melalui li’an amatlah jarang direkodkan di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, terdapat kes individu yang cuba menafikan pertalian darah antara bapa dengan anak disebabkan keengganannya untuk membayar nafkah.
Namun, dalam realiti kehidupan berkeluarga, terdapat juga aduan suami menuduh isteri melakukan hubungan seksual bersama lelaki lain, berlaku curang atau bapa tidak mahu mengakui anak kandungnya.
Pembuktian tuduhan tersebut tidak dilakukan mengikut standard hukum syarak biasa iaitu empat orang saksi lelaki. Ini kerana, tuduhan melakukan penzinaan adalah tuduhan yang sangat berat dan jika tiada bukti, orang yang membuat tuduhan boleh dikenakan hukuman khadaf iaitu 80 sebatan sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Nur.
Bagaimanapun, tuduhan ini dikecualikan jika berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri.
Li’an dari sudut bahasa bermaksud sumpah. Perceraian melalui li’an ini disyariatkan melalui firman Allah dalam surah al-Nur ayat 6 hingga 10 yang bermaksud:
Orang lelaki yang menuduh isterinya berzina, sedang tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan itu) hanya dirinya sendiri, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, sesungguhnya dia orang-orang yang benar; dan yang kelima (hendaklah dia berkata): laknat Allah jika dia orang-orang yang dusta. Bagi menghindarkan hukuman seksa isteri (yang kena tuduh) itu, dia bersumpah dengan nama Allah, sebanyak empat kali, yang suaminya telah berdusta; yang kelima (hendaklah dia berkata); laknat Allah jika suaminya orang-orang yang benar.
Ayat di atas menerangkan tentang prosedur yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri jika benar-benar bermaksud untuk menamatkan perkahwinan melalui cara tersebut.
Ini merupakan satu lagi bentuk perceraian. Hakim Mahkamah Syariah boleh menamatkan perkahwinan itu setelah suami dan isteri mengangkat sumpah li’an mengikut prosedur seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran.
Kesan sumpah

PASANGAN yang bercerai secara li’an

Kesan daripada perbuatan tersebut, kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri rela dilaknat oleh Allah sekiranya tuduhan yang dibuat adalah tidak benar. Hakim Mahkamah Syariah akan memberi amaran kepada kedua-dua pihak tentang kesan sumpahan mereka sekiranya suami ingin meneruskan upacara tersebut.
Setelah upacara tamat, mereka tidak boleh berkahwin semula atau rujuk kembali. Peruntukan mengenai perceraian melalui li’an ini telah muatkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Berdasarkan peruntukan itu, pasangan suami isteri yang telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, Hakim Syarie hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan serta hidup berasingan selama-lamanya.
Dalam kes menafikan nasab pula, upacara li’an akan berlangsung sejurus selepas kelahiran bayi tersebut. Jika sebaliknya berlaku, mahkamah tidak akan melayan sebarang tuntutan.
Pernah direkodkan dalam kes tuntutan menafikan nasab anak dibuat di Mahkamah Syariah selepas bapa kepada bayi tersebut meragui sah taraf anak yang dilahirkan kurang sembilan bulan.
Bagaimanapun, mahkamah menolak penafian tersebut kerana ianya dibuat setelah sekian lama anak itu dilahirkan dan tidak ada keraguan yang munasabah untuk mengatakan bahawa anak tersebut boleh dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf.
Peruntukan di atas bertujuan memberi pengajaran kepada manusia supaya mengamalkan hidup berakhlak dan saling menjaga kehormatan diri dan rumah tangga. Ini kerana, jenayah seksual di luar perkahwinan adalah jenayah yang amat berat dan boleh merosakkan keturunan manusia serta menjejaskan kebajikan anak tersebut.