Saturday, October 18, 2014

SAMBAL JAWA ORI

SAMBAL JAWA ORI
Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong (dihiris-hiris supaya semasa mengoreng tidak meletup)
3 biji cili merah-di hiris-hiris  sebelum digoreng
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci belacan
Minyak utk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda

No comments: