Tali Selipar.
Selipar biasanya mempunyai tali. Berapa jauhkah tali selipar dengan kaki yang memakai selipar itu?
Ketika Abu Bakar radhiyallahu 'anhu berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau menderita demam malaria (humma).
Beliau berkata:
كل امرئ مصبح في أهله #
والموت أقرب من شراك نعله
والموت أقرب من شراك نعله
Setiap orang bersama keluarganya pada pagi hari;
Sedangkan kematian lebih dekat daripada TALI SELIPARnya.
Ingatlah mati dengan terus melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat kerana ianya TERLAMPAU DEKAT.
Lebih dekat daripada tali selipar seperti yang digambarkan oleh Sayyidina Abu Bakar. #Arar.
(Makkah, 22 Zulhijjah 1434H, aam).
No comments:
Post a Comment