Najib Perkenal Skim Sewa-Beli Rumah - Orang Miskin Boleh Membeli Rumah.
Secara kasarnya. Nampak macam bagus. Apa yang bagusnya? Bagusnya kerana golongan sasaran Najib kali ini ialah menyediakan kemudahan pembiayaian kepada dua kelompok yang seringkali gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah iaitu ;
- Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap
- Golongan yang tidak mempunyai rekod pembayaran hutang yang baik dengan pihak bank
Ini sebenarnya golongan sasaran yang betul. Yang tidak mempunyai pendapatan tetap selalunya adalah peniaga. Yang bekerja sendiri. Kadang2 mereka tidak mempunyai pendapatan tetap, tak boleh nak kumpul deposit tapi boleh pula menyewa rumah. So, daripada duduk rumah sewa sampai mati, bagus juga jika dapat menyewa rumah dari kerajaan untuk satu had tempoh tertentu dan sampai masa, rumah itu akan menjadi milik kita.
Skim ini adalah skim yang bagus jika ianya tidak disalahguna. Yang kita bimbang jika skim ini dimohon oleh orang2 kaya yang tidak berkelayakkan dan dia pula bertindak sewakan kepada pihak ketiga. Ini bullshit juga. Harap2 Najib dapat memikirkan kemungkinan2 tersebut. Almaklumla, orang tamak haloba, tak amanah, bersepah dalam agensi kerajaan. Aku tahu memang kakitangan kerajaan akan rasa meluat baca statement tue tapi terima la hakikat. Korang pun tahu betapa ramainya yang tamak haloba, kaki rasuah dan sebagainya dalam agensi kerajaan. Tak payah nak sembang tipu2 la.
Sedikit penambahan bagi idea yang bakal dilaksanakan di Malaysia.
Menurut Najib ;
- Tempoh masa menyewa 20 hingga 30 tahun.
- Perjanjian dengan pihak bank rent to own
- Untuk yang tidak mempunyai pendapatan tetap/rekod pembayaran pinjaman tidak elok.
Ini antara syarat2 yang melayakkan mereka untuk mendapatkan skim di atas. Najib juga perlu pastikan tiada had usia dikenakan. Bukan apa, ramai kot yang dah berusia tapi tak mampu memiliki rumah sendiri. Kasihani la mereka.
Sedikit penambahan cadangan dari aku ialah ;
- Kerajaan kena wujudkan satu polisi 1 keluarga 1 rumah yang meliputi pasangan yang belum membeli rumah, samada mempunyai anak ataupun tidak, baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin. Macam neh baru la rumah2 tidak dijadikan aset untuk membina kekayaan bagi pihak2 tertentu. Memang hakikat ye. Orang2 kaya neh dok borong beli rumah banyak2 then dia resale ataupun rent dengan harga yang sangat mahal. Bagi dia, dia is doing a bussiness. What's wrong with that. Tapi hakikatnya, kelonggaran polisi berkaitan pemilikkan rumah di negara ini menjadikan manusia2 seperti mereka mengambil kesempatan sehinggakan orang2 miskin ramai yang tak mampu nak beli rumah sendiri.
- How to? Syaratnya ialah, setiap rumah2 yang baru dibina tidak boleh dijual kepada mana2 individu yang sudah memiliki rumah. Ataupun pasangan yang sudah memiliki rumah. Utamakan kepada mereka2 yang langsung tidak mempunyai rumah. Sampai bila nak menumpang rumah sedara mara, ahli keluarga ataupun duduk rumah atas nama orang. Hak ala.
- Bila ada unit2 yang tidak terjual, selepas satu tempoh, 3-4 tahun, baru la mereka2 yang sudah memiliki rumah boleh membeli rumah tersebut.
Kerajaan kena memainkan peranan. Polisi2 yang menjaga kebajikan rakyat dalam hal2 berkaitan perumahan perlu dipertingkatkan. Bukan hanya perlu ;
- Kurangkan harga rumah
- Hentikan spekulasi dan manipulasi harga rumah
- Kecualikan segala jenis cukai dan riba ke atas pembelian rumah terutamanya untuk golongan sasaran, rakyat miskin, serdahana dan miskin bandar
Bahkan perlu ;
- Membina lebih banyak perumahan rakyat
- Memudahkan urusan jual beli dengan memahsuhkan deposit bagi pembeli kali pertama
- Mengutamakan penjualan rumah kepada mereka2 yang tidak mempunyai rumah sendiri
Apa2 pun, jika benar kerajaan nak laksanakan skim rent to own, bacaan pertama aku skim ini bagus. Aku harap Najib boleh laksanakan ia cepat2. Lagi cepat lagi bagus. Dan kalau la tak berlanggaran dengan undang2 negeri dan polisi perumahan bagi negeri2, ada baiknya juga negeri2 di bawah PAKATAN RAKYAT melaksanakan skim ini. Dan, aku rasa skim ini akan membuatkan geng2 yang suka bina kekayaan melalui perumahan akan rasa paneh ahti. Almaklum le. Bila kita sewa rumah dekat dia, kita sewa sampai mati. Tapi bila kita sewa dekat kerajaan, kita sewa dengan harapan untuk jadi pemilik. Mana tak menyirap geng2 neh. Aku harap Najib tak berbolak balik dengan pelaksanaan skim ini. Mao aku maki kaw2 karang.
Kbai.
Updated.
Lupa nak masukkan point neh tadi. Skim rent to own hanya mensasarkan pembeli2 rumah PRIMA. Which is pada aku patut diperluaskan pada rumah2 lelong. Terdapat banyak rumah2 lelong di seluruh Malaysia. Rumah PRIMA neh adalah masalah sikit sebab ;
- Pembinaan meliputi di kawasan tertentu
- Kena tunggu dibina
- Kalau takde rumah PRIMA di kawasannya maka dia tak la dapat memiliki rumah melalui skim rent to own.
Maka ;
- Ada bagusnya kerajaan perluaskan skim ini kepada rumah2 selain PRIMA, contohnya macam rumah lelong
- Ada banyak rumah lelong seluruh negara membuktikan ramai rakyat tak mampu bayar rumah mahal2 selepas berhabis pulas keluarkan deposit apa bagai
- Jadikan rumah2 lelong antara yang boleh dimiliki melalui skim rent to own
Percayalah. Dengan campur rumah lelong + rumah baru = masalah perumahan rakyat selesai. Walaupun agak menyampah tapi ramai juga rakyat rasa seronok jika BN mampu menyediakan solusi terbaik untuk mereka miliki rumah. Tak mustahil sokongan akan kembali kepada BN.
Haha.
No comments:
Post a Comment