Friday, September 12, 2014

RAWATAN ALTERNATIF BATU KARANG HEMPEDU

RAWATAN ALTERNATIF BATU KARANG HEMPEDU

Pada April lalu, saya telah mencapai tahap kritikal kerana serangan batu karang hempedu. Sehingga ke satu tahap, saya tidak berani mengambil sebarang makanan. Kesakitan batu karang hempedu sangatlah menyiksakan. Ianya seperti gastrik tetapi bukan gastrik.

Apabila pulang ke Malaysia bercuti, dan membuat diagnosis di specialist, saya disahkan mempunyai batu karang, dan doktor menyarankan saya dibedah untuk membuang pundi hempedu tersebut.

Saya menangguhkan pembedahan tersebut dan mencari rawatan alternatif sehinggalah bertemu dengan satu artikel mengenai rawatan batu karang hempedu menggunakan epal, lemon, minyak zaitun dan garam epsom.

Saya melakukan seperti apa yang dicadangkan oleh profesor tersebut didalam artikelnya dan Alhamdulillah pada hari ketujuh, begitu banyak ketulan berwarna hijau keluar bersama najis. Sejak dari hari tersebut sehinngalah sekarang, saya tidak terkena serangan batu karang hempedu lagi.

Namun dalam artikel profesor tersebut menyatakan dengan kaedah ini, batu karang boleh terbentuk kembali. Beliau mencadangkan supaya prosedur makan epal hijau selama enam hari ini diulang setiap enam bulan. Saya lebih suka prosedur epal hijau ini kerana menurutnya bukan sahaja membantu merawat batu karang hempedu tetapi juga mencuci buah pinggang, perut dan usus.

Saya harap prosedur ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang berminat. Ia berkesan kerana saya melakukannya sendiri dan merasai kesannya. Di harap mereka yang mencuba juga memperoleh kesan positif yang sama,

BAHAN

1- Epal hijau
2- Lemon
3- Minyak Zaitun
4- Garam Epsom

Untuk garam epsom, anda boleh dapatkan dari Guardian Pharmacy. Harganya sekotak dalam lingkungan RM5.

Pastikan buah epal anda dicuci bersih dari wax. Saya merendam epal didalam air garam terlebih dahulu untuk mencuci wax dan kimia pada kulit buah. Ini adalah kerana, saya makan buah tersebut dengan kulitnya.

Selamat mencuba.


No comments: