Sunday, September 7, 2014

Coretan ustaz ebit lew (17)

Pengajaran memilukan buat diriku dan kita untuk nilai diri ..
Seorang lelaki terjumpa saya di masjid. Allah ingin memberi satu pengajaran besar buat diri saya dan saya teringin kongsi dengan tuan puan di luar sana.
Dia peluk saya dari belakang. Ustaz ebit lew, saya sayang ustaz kerana Allah. Saya pusing dan kata padanya, pasti Allah lebih menyayangi abang lebih dari abang sayang saya. Kerana abang sayang kerana Allah...Kerana dia.
Dia menangis teramat sangat. Saya ingin minta nasihat ustaz..saya dah buntu. Dah seminggu saya tak balik rumah. Saya tidur masjid dan berdoa...Saya tak boleh tengok rumah saya. Saya datang rindu isteri saya teramat sangat..
Saya pandang mukanya kerana ingin tahu. Wajahnya dengan air mata yang bergenang dan akhirnya menangis.
saya sedih. dia menangis..Saya banyak salah isteri saya.....
Dulu saya susah.. Kami hidup susah bersama-sama. Benar-benar tiada harta. Satu hari Allah beri saya kesenangan dan kekayaan melimpah ruah. Tidak berhenti rezeki saya. Saya belajar agama tapi saya dah lupa semua dan mula hidup dengan dosa dan kejahilan. Saya cari pelacur setiap malam. Saya sanggup pergi jauh cari pelacur kerana kononnya tiada kepuasan di rumah..setiap hari balik lewat.
Isteri saya sayang dan percaya saya. Dia banyak korban buat saya. Dia bersabar mendoakan saya. Pernah dia kata, abang baik kuat bekerja untuk saya. Terima kasih abang..Dia kuat solat dan berdoa. Kami tiada anak ustaz walaupun sudah lama kahwin.
Satu malam saya balik lewat. Isteri saya sedang berdoa malam tu ustaz. Malam Ramadhan baru ni. Saya pergi ke tempat jahat. Balik dia picit kepala saya. Dia peluk saya. Tapi saya tolak dia. Saya kata pergilah tidur. Sebenanrya badan saya kotor kerana buat dosa dan maksiat. Saya cuba tidur.
Isteri saya solat dan mengaji. Saya tengah fikir nak marah suruh dia mengaji perlahan. Saya baran dan pemarah. Saya pun tidur tak sedar-sedar. Saya sedar pukul 1 tengah hari kerana hari ahad. Saya tak solat dah lama. Saya kejut isteri saya. Dia baring sebelah saya...saya tiba-tiba terasa nak peluk dan teramat rindu padanya kerana sudah lama kami tidak bersama.
Macam biasa saya kejut. Saya panik....rupan-rupanya isteri saya sudah tiada ustaz. Isteri saya dah tinggalkan saya ustaz...dia terus menangis...dan menangis...saya pun tak boleh tahan dan turut menangis..macam tak percaya sebab dia sihat sahaja..
Dia menangis dan menangis sepanjang cakap. Isterinya sudah tiada. Isterinya yang baik dan setia berbuat baik padanya...dia kata saya teramat sedih. Saya bertaubat ustaz. Saya cuma nak tanya ustaz boleh tak saya doakannnya. Sampai tak padanya..
Jawab saya, Allah sayang abang. Seluruh kebaikan yang abang buat dalam hidup ini akan buat Allah sayang abang dan arwah isteri abang. Kerana dengan doa dan nasihatnya dan kesabarannya,akhirnya Allah beri hidayat pada abang. Dia benar-benar isteri sejati. InsyaAllah dia dalam syurga atas kerana berkat kesabarannya...
Bagaimana kita boleh lupa orang yang pernah lapar bersama..Menangis bersama. Susah bersama. Saat kita berduit kita khianat pada mereka..Lupakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita.....
Hargailah isteri yang kita sayang kerana Allah... Setiap anak adam buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun pada Allah-ebit lew
Dijemput semua keluarga sunnah 2.0. di Dewan Besar UPM. Lagi 8 hari. Ahad 14 september 2014. Ramai juga orang yang tidak berkemampuan ingin mendaftar...agak ramai juga.Kepada sesiapa ingin menaja ibu tunggal yang kurang kemampuan dan mereka yang tidak mampu juga boleh hubungi 03 8926 7020 atau 017 3666 848 atau www.keluargasunnah.com.

No comments: