Petua Wanita Untuk Membina Sikap Bersyukur
1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.

2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur. Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
3. Lihat sekeliling anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya, cuma anda mungkin tidak nampak selama ini. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah anda, bunga-bunga anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan. Jika dilihat dari perspektif lain, tugas-tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hati, anda melakukan semua pekerjaan anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang anda curahkan, anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami anda puas hati dengan apa yang anda buat, anak-anak memuji usaha anda, hati anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu.

No comments:
Post a Comment