Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Thursday, December 4, 2014
Doa dipermudahkan membayar hutang
Amalan Supaya Dimudahkan Membayar Hutang
✔Amalkan ayat ini sebelum tidur, mudah-mudahan ALLAH SWT
membukakan jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
Terjemahan ayat > Surah Ali 'Imran (ayat 26-27)
[26] "Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "
[27] "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."
Sumber : http://darussyifa.org/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment