Monday, November 17, 2014

RESIPI: SUP MIEHUN (BIHOON / MEE HOON) UTARA oleh Mamak haji



RESIPI LENGKAP UNTUK PENGEMAR BIHUN SUP UTARA!



RESIPI: SUP MIEHUN (BIHOON / MEE HOON) UTARA:
Penyediaan: Bihoon.
Bahan-Bahan Di Perlukan:
- 1 paket mee hoon (400gm).
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit atau Pewarna Kuning Telur.
Cara Menyediakan:
1. Rendam mee hoon dalam sebuah bekas selama 15-20 minit dengan sedikit serbuk kunyit. Serbuk kunyit kita beli sekarang banyak masalah dengan bau yg tidak menyenangkan dan warnanya bukan-bukan. Maka lebih baik gunakan pewarna kuning telur, Biar warna kuningnya lembut sedikit dari warna garang. Sebenarnya warna kuning digunakan utk menutup kelemahan buatan mee hoon yang warnanya malap birat dari putih melepak. Kebanyakan pembuatan Mee hoon ini diperbuat dari beras yang kualiti yang paling rendah sekarang.
2. Masak air panas dalam periok, bila air mendidih masukkan mee hoon yang rendam tadi di toskan dan masukkan ke dalam air mendidih selama 10 minit. Bila agak bee hoon masak 3/4 bahagian, keluarkan dan masukkan dlm sebuah bekas yang mengandungi air sejuk (paip) utk matikan haba mee hoon, Bila mee hoon agak sejuk toskan dan letak dlm penapis.
3. Mee hoon telah toskan dari air, titiskan sedikit minyak masak (kalau minyak olive lagi terbaik) dan gemburkan mee hoon supaya tak melekat atau pun berserabut. Ini memudahkan utk menyediakan hidangan di mangkok satu persatu dan juga lapisan minyak itu untuk mengelak dari Mee hoon telah masak itu cepat kering. Mee hoon yg telah masak bila biarkan lama dlm cuaca panas sekeliling akan cepat kering dan menjadi keras kembali kerana sifat semula jadi tepung beras (khas utk peniaga).
4. Bab mee hoon sudah siap..kita ke bab penyediaan sup pulak. Sebenarnya sup yang perlu masak dulu..masa masak sup ini kita boleh sediakan yang lain semua. 
PENYEDIAAN SUP 
Resipi: Sup Miehoon Utara (Mee Sup) Bhg 2 : Penyediaan Sup.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Untuk buat stok Daging:
- 1kg Tulang Lembu bhg. lutut dan tulang (Gear Box).
- 1/2 kg is daging lembu seketul.
- 1 biji bawang merah labu sederhana besar dibuang kulit dan ptg pangkah diatas.
- 1 btg celery dihiris serong, 1 btg karot dihiris tebal sikit, 1 inci halia diketuk.
Untuk Tumis Sup:
- 1 sudu besar pes halia bawang putih/3 biji bawang putih dan 1" halia ditumbuk lumat.
- 1 biji bawang besar dikisar halus.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 1 kpg kayu manis 2 inci panjang.
- 5 biji buah pelaga.
- 5 kuntum bunga cengkih.
- 3 kuntum bunga lawang.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar. (sagai 2 sdb biji ketumbar dan kisar halus).
Nota: Kalau anda pening sgt dgn rempah-rempah di atas beli "serbuk rempah Sup Adabi" guna 2 sudu besar bersama dgn rempah korma Adabi 1 sudu besar..settle masalah)..untuk rempah kayu manis dan lain-lain, guna satu bungkusan "sup bunjut Adabi" lagi. Bagi yang berniaga jangan ambil short-cut ini..sediakan sup rempah anda sendiri dengan adunan rempah yg mamak haji sebutkan. Nak kurang atau nak lebih terpulang pada anda. Kalau takat niaga nak guna rempah ready made jangan yea.
Cara Penyediaan Sup:
Pengenalan:
Kesedapan apa saja sup tergantung pada cara penyediaan asas sup atau digelar "broth" atau "stok". Ramai yg malas ambil jln pintas tetapi ia bukan cara masak sup yang betul. Sup yg terbaik terpulang pada teknik memasak bukan bahan-bahan yg anda adunkan. Sup perlu sediakan dgn bahan-bahan perasa yang minima. Ada juga tambah lengkuas, serai dan juga daun limau. Itu nak buat tom yam. Tujuan guna tulang dalam sup ini ialah kita nak tukarkan collagen yang terdapat dlm tulang menjadi lecithin. Lecithin ialah pemekat kuah sup. Bukan saja-saja nak guna tulang dlm respi ini. Teknik masak masak utk sup ini ialah cara renehan (simmering) dan masa renehan penting.
1. Basuh tulang-tulang ini bersihkan dari darah atau kotoran. Daging lembu seketul itu kalau bekas kecil boleh potong ketulan besar. Masukkan dalam sebuah bekas kalau dapat "stok pot" lagi baik. Masak sup ini perlu dalam sikit periok dan tebal. Masukkan air 3/4 tinggi dari paras tulang dan daging.
2. Bawang, karot dan celery dan bawang labu masukkan sekali. Bahan-bahan ini untuk menyedapkan lagi stok anda. Jangan masukkan garam kerana ia keraskan lagi daging anda dan tindak balas kimia garam ke atas collagen akan membantutkan penghasilan lecithin.
3. Bila air mula didih, permukaan di atas air akan timbul bueh dan darah dari daging. Ceduk dgn senduk dan hindarkan ini. Benda yg timbul ini akan menyebabkan sup anda kurang jernih dan berkeladak. Kecilkan api dapur mulakan renehan. Renehan bermaksud gelumbung air kecil dan wujud dari permukaan bawah air. Renehan perlu bertutup supaya keharuman asli daging tidak hilang. Renehan perlu minima 2 jam hingga maksima 4 jam.
4. Selepas renehan asingkan ketulan daging, tulang dan bahan pewangi seperti karot dan celery. Kita cuma perlukan air, tulang dan daging. Tapis air hasil renehan. Daging yg telah rebus kita perlu dihiriskan taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih simpan asing utk dibubuh atas hidangan nanti.
5. Bersihkan bekas sup tadi, panaskan dan masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan rempah, kayu manis, buah pelaga, cengkis, b,lawang, bila haruman rempah mula keluar masukan pes halia bawang putih, biarkan untuk bawang putih keluarkan harum, masukkan air kisar bawang, biarkan air bawang ini sejat dan bertukar warna kuning keemasan.
6. Kecilkan api dapur dan masukan serbuk rempah-rempah jitan putih, serbuk ketumbar dan lada hitam (kalau guna rempah adabi masa inilah masukkan). Bila rempah mula keluarkan haruma, masukan air stok daging dan bersama tulang masukkan. tinggikan api dapur.
7. Masukkan garam, dan serbuk perasa kalau sukar nak tinggalkan Pak Aji ini kalau tak nak masukkan sedikit gula. Bila sup mula mendidih kecil api dapur dan letakan kembali keadaan reneh. Sup yang sedap sentiasa kena panas. 

PENYEDIAAN SAMBAL:

 Penyediaan sambal kicap Pedas.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
-10 -15 biji cili padi. Ikut kepedasan yang anda suka.
- 2 ulas bawang putih.
- Kicap pekat manis cap kipas udang (kicap kesukaan mamak haji).
- 2-3 sudu besar perahan air limau kasturi.
- Garam dan Gula suka anda..nak matikan pedas sambal tu..terpulang pada anda.

Cara menyediakan:
1. Buang tangkai cili itu (kebanyakan semburan racun serangga perosak ada kat tangkai cili yea). kalau nak simpan lama cili, buang tangkai cili dan bungkus dengan kertas surat khabar utusan dan simpan di petisejuk.
2. Tumbuk lumat cili dan bawang putih itu dengan batu lesung.kalau takut percik bubuh garam sikit semasa tumbuk tu..
3. Adunkan cili yg telah tumbuk itu dengan kicap dan gula. Tentukan gula itu cair dalam kicap. Gula untuk matikan kepedasan..jadi terpulang pada anda.
4. Masukkan jus limau kasturi dan gaul rata..dah siap pun.
5. Ada juga orang tak suka bau maung cili mentah dan bawang putih..anda boleh rebus atau rendam dlm air didih atau ada yg suka layukan dlm minyak panas atau bakar sedikit bawang putih..terpulang pada anda.

 Penyediaan Sambal Pedas Merah.

Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1/2 cawan serbuk cili / Cili Kering Kisar.
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat..
- 1 biji bawang merah labu sederhana besar - dikisar.
- 2 sudu besar gula - mamak haji guna gula pasir je.
- 1 sudu kecil jus asam jawa pekat.
- Minyak masak untuk tumis.
Cara Menyediakan:
1. Kalau guna serbuk cili, jadikan pes dulu dengan adun air supaya tidak terbakar dlm minyak jadi hitam. Kalau guna cili kering kisar ia seperti sambal tumis je.
2. Panasakan kuali, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bawang putih, bila mula keluarkan aroma wangi, masukkan pes serbuk cili, bila agak telah garing sedikit (jgn terbakar pulak nanti pahit).
3. Masukkan air kisaran bawang dan biarkan cili masak. kalu mengegak sgt kecilkan api dapur. Masukkan jus asam jawa. kacau sebati.
4. Bila sambal mula pecah minyak masukkan gula dan garam. Kacau sebati lagi. Kalau pekat sangat boleh tambah air asam jawa sedikit. Masak sampai pecah minyak atau minyak mula timbul sekeliling sambal. Rasa garam, manis dan masam secukup. Tmabah lah patut kalau rasanya tak cukup.
5. Sambal ini untuk tambah rasa pedas, manis dan masam itu saja tujuannya. Selamat mencuba yea..hidangan mee hoon sup ini ..dgn daun sup+daun bawang, bawang goreng dan juga kalau rajin goreng takua / tauhu potong dadu kecil.


No comments: