Monday, November 17, 2014

RESIPI: IKAN KETUL GORENG MASAK MASALA oleh mamak haji

Bila dengar perkataan masala saja jangan pulak terfikir "bermasalah" masakan ini. "Masala" bermakna "campuran rempah"..ia bukan "garam masala" - "garam" bermakna pedas. Maka makna, "garam masala" ialah "Rempah campuran pedas". Yang kita gunakan rempah ikan atau daging jenama Adabi, Allagappa atau pun Baba's ialah "masala" juga. Masala ikan atau daging ini telah ditentukan kuantiti campurannya mengikut kesukaan umum dan nilai komersial. Kalau anda peniaga makanan sekiranya gunakan rempah-rempah yg telah diadunkan (ready made) ini, anda akan gagal dlm mencipta "brand" kari anda. Kalau anda ikut apa saja caranya dan teknik masakan respi nasi kandar Pulau Pinang masih tak sama bukan disebabkan anda tak tahu masak tetapi rempah masala yg anda guna tak sama. Tanpa anda mencipta masala sendiri atau secret recipe..anda akan kurang berjaya dalam perniagaan masakan jenis nasi kandar ini. Respi-respi mamak haji perturunkan cuma asas yg perlu anda tahu..kemahiran anda tersendiri akan tercipta bila berulang kali cuba teknik campuran rempah-rempah ini...



RESIPI: IKAN KETUL GORENG MASAK MASALA:
Bahan-Bahan yang diPerlukan:
- 4 atau 5 ketulan ikan dihiris ketebalan 1/2 inchi. Jenis ikan ketul seperti merah, jenahak atau tenggiri.Dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu tuala dapur/kitchen towel.
- 2 sudu besar rempah(masala) ikan + 2 sudu besar utk goreng ikan. Rempah apa jenama pun tak apa.
- 3 biji bawang merah labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes ahlia bawang putih..atau tumbuk halus 2 biji bawang putih dan 1/2 inci halia.
- 2 tangkai daun kari.
- 2 sudu besar tomato puri atau pun guna cili sos pun boleh.
- Garam dan Gula secukup rasa.
- Masak masak untuk goreng ikan dan tumis gunakan minyak hasil gorengan ikan.
CARA MENYEDIAKAN:
1. ambil 2 sudu besar rempah ikan dan jadikan pes bercampur dgn sedikit air. Lumurkan ikan tadi dengan pes rempah ikan dgn sedikit garam. Perap selama 15-20 minit.
2. Selepas pemerapan goreng ketulan ikan garing..tapi jgn terlalu garing yea. Hindarkan minyak gorengan dan asingkan.
3. Keluarkan minyak dalam kuali gorengan ikan tadi cuma tinggalkan dlm 2 sudu minyak untuk menumis.
3. Dengan api dapur sederhana, masukkan pes halia bawang putih, bila naik harum masukkan kesmua bawang hirisan dan goreng sehingga warna bawang bertukar menjadi kuning keemasan.
4.Kecilkan api dapur dan masukkan daun kari untuk tumis. Bila daun kari agak layu dan keluarkan haruman , masukkan 2 sudu besar lagi rempah kari kari ikan, tumis dgn api kecil dapur, bila rempah kari keluarkan haruman, masukkan tomato puri dan sedikit air.. Kepekatan kuah anda ditentukan oleh air yg anda masukkan..kuah sepatutnya pekat yea. Bawa api dapur kepada medium/sedang.
5. Bila kuah anda mula mendidih, kecilkan kembali api dapur dan masukkan ketulan ikan dengan masukkan garam dan gula secukup rasa. Adun sebati ikan dan kuahnya supaya melekat dengan berhat-hati isi ikan tidak pecah.
6. Angkat dan hidangkan dengan jus air limau nipis dan hirisan bulat bawang. Selamat mencuba.

No comments: