SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA TG.SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.
Ditanya Syeikh Nuruddin apakah hukum bagi perempuan yang berniqab menutup aurat tetapi "Berselfie" seterusnya menarik perhatian lelaki ajnabi untuk melihatnya.
Jawapan yang diberikan TG.Syeikh Nuruddin seperti biasa adalah perumpamaan "Apabila kita ingin membeli gelang-gelang getah yang biasa maka kita boleh membelinya di pasar-pasar malam.
Manakala sekiranya kita ingin membeli berlian adakah kita boleh mendapatkannya di pasar-pasar malam?Maka sudah tentu tidak kerana sekiranya kita ingin membeli berlian maka kita akan membelinya ditempat yang dikawal rapi yang mana berliannya disimpan ditempat yang selamat di dalam peti besi.
Persoalannya sekarang.Adakah berlian itu lagi mahal daripada harga diri seorang wanita sehingga mudah untuk ditatapi oleh lelaki ajnabi tidak kira yang boleh menaikkan nafsu ataupun tidak.
Begitu lah perempuan yang menarik perhatian lelaki dengan memasukkan gambar di dalam facebook dan sebagainya sekiranya lelaki sampai tertarik dan sehingga berlakunya perbuatan zina dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh gambar-gambar yang dibuat naik maka perempuan itu juga akan mendapat bahagian zina yang dilakukan oleh lelaki itu.
Rasulullah ﷺ pernah bertanyakan kepada puteri Baginda Nabi iaitu Saidatina Fatimah macam mana keadaan perempuan yang paling sempurna?Maka Saidatina Fatimah menjawab adalah di saat perempuan itu tidak melihat lelaki dan juga saat dia tidak dilihat oleh lelaki(Tidak memandang dan dipandang).
Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki.
Pesan TG.Syeikh Nuruddin jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia boleh lah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya bukannya memperagakan kecantikannya mundar mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi.
Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian.Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan.
Mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati..Sebagai ingatan bersama.Muhausabah diri.
No comments:
Post a Comment