Penggunaan bekas plastik memudahkan tugas ibu di dapur, terutamanya dalam membekalkan makanan untuk si kecil. Namun bukan semua bekas plastik selamat digunakan. Apakah kriteria yang perlu dikenal pasti dalam memastikan bekas plastik yang digunakan benar-benar selamat untuk anak-anak.
SDK telah mengenal pasti apakah langkah yang perlu diberi penekanan dalam menggunakan bekas plastik. Antaranya ialah:
1. Jika anda membeli bekas plastik khususnya berkod 1, 3, 6, dan 7 (PC), anda harus bijak menggunakannya. Bekas ini dikenal pasti memiliki bahaya secara kimia. Oleh itu, gunakan bekas plastik sekali sahaja. Tidak selamat jika anda menggunakan bekas plastik dengan kod 2, 4, 5 dan 7 (SAN atau ABS)
2. Bagi ibu, bapa yang mempunyai anak yang masih menyusu botol. Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5. Paling penting, gunakan botol susu bebas BPA.
3. Keselamatan menggunakan botol air juga perlu diambil kira. Jika penggunaan plastik daripada penggunaan bahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol keluli tahan karat atau gelas/kaca.
4. Elakkan memanaskan makanan yang disimpan di dalam plastik, khususnya penggunaan ketuhar. Sebaik-baiknya, anda membungkus makanan terlebih dahulu dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus sebelum dipanaskan.
5. Jika anda mahu menyimpan makanan berminyak atau berlemak, elakkan menggunakan bekas plastik sama sekali. Begitu juga piring dan alatan memasak seperti senduk plastik untuk masakan, perkara ini juga perlu dielak. Gunakan sudu atau senduk keluli tahan karat, kaca, seramik atau kayu adalah lebih selamat.
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga
No comments:
Post a Comment