Tuesday, September 23, 2014

Apa ada pada 'HAUTE COUTURE' oleh faizal hamid

Apa ada pada 'HAUTE COUTURE'
oleh Faizal Hamid
Sama ada kita akui atau tidak, terma fesyen yang paling disalahguna pakai masa kini, tentunya “haute couture”. Antara pereka fesyen juga punyai interpretasi berbeza-beza tentang apa maksud haute couture dalam konteks era kini. Memanggil sesuatu ‘couture’ tidak semestinya menjadikan ia all hand-sewn, high class atau high fashion. Namun begitu di 2011 kita dapat lihat terma couture muncul bak cendawan tumbuh di serata tempat.
Semasa remaja, di zaman persekolahan (Lewat 80an)saya membesar di Seremban. Di masa itu saya tahu yang saya amat meminati fesyen, tetapi tiada tempat untuk saya berkreatif dan tidak kenal sesiapa pun yang terlibat secara langsung dalam industri fesyen tempatan. Kadangkala rasa terpinggir kerana tiada siapa yang boleh berkongsi minat terhadap fesyen. Yang pasti majalah fesyen menjadi teman setia saya di mana sahaja. Pada masa itu saya kerap sangat ke kedai buku, dan taksub melihat deretan majalah-majalah antarabangsa yang harganya sedikit mahal berbanding dengan majalah tempatan.
Majalah fesyen menjadi kegilaan saya – setiap helaian di baca dengan penuh semangat – it was a way to be somewhere else, to escape the sometimes boring place where I was growing up. Setiap bulan saya tidak pernah gagal untuk menatap majalah Vogue edisi UK dan US. Ia adalah ritual yang sentiasa memberikan saya inspirasi untuk lebih mengenali fesyen. Saya masih simpan isu-isu yang menampilkan Cindy Crawford dan Christy Turlington di muka depan (cover) majalah. Mereka adalah antara supermodel yang tiada tandingan, hebat dulu kini dan selamanya. British Vogue banyak menyajikan penulisan fesyen yang disertakan dengan visual yang indah hasil daripada lensa foto jurugambar handalan dunia seperti Patrick Demarchelier. Pengalaman menatap imej-imej fesyen yang hebat ini cukup memberikan inspirasi. Semenjak itu saya bertekad menjadi salah seorang pemain dalam industri yang mencabar ini.
Masih teringat bagaimana suatu ketika dulu, saya teruja ketika mendapat American Vogue –isu September – it was a couture story with Linda Evangelista; Saya masih ingat foto-foto yang dirakamkan penuh fantasi, rekaan couture yang hebat dari segi construction & workmanship. Segalanya bersatu, dan pada ketika itu baru saya sedari dan faham tentang keajaiban dan keistimewaan rekaan yang ditakrifkan sebagai couture. At that time, I was probably about 17 years old. Sejak sekolah rendah hingga menengah hati saya sentiasa tertarik dengan mata pelajaran seni dan mungkin minat itu telah berkembang dan berbunga menjadi pencinta fesyen.
Bagi saya pereka fesyen yang paling menjadi inspirasi pada saya adalah Elsa Schiaparelli. Saya sentiasa mengkagumi hasil rekaan fesyen beliau di era 30an. She was a revolutionary, radical, forward, modern and timeless. I like people who work outside their time frame.
Karl largefeld pula adalah couturier yang saya hormat serta gemari kerana kariernya yg cukup prolifik serta evergreen. Beliau terus-terusan menyuntik idea-idea segar dan baru dalam setiap koleksi couture hasil rekaannya. Karl Lagerfeld jarang sekali mengamalkan konsep kitar semula dalam karya-karya beliau. Dia mungkin mengaplikasikan teknik –teknik couture yang sedia ada, tetapi dengan gaya olahan yang sentiasa kontemporari. Karl Lagerfeld has made Chanel. Signature look untuk Chanel yang wujud pada era ini adalah semua hasil rekaannya. Beliau juga adalah seperti Chanel yang sentiasa menghasilkan idea-idea yang revolusioner disuatu masa dulu; the idea of a relaxed silhouette when everyone else was doing a structured silhouette was completely radical.
Pada saya, haute couture is all about construction. saya cukup menghargai semua kerja tangan yang halus serta teliti dalam penghasilan perincian pakaian couture – seni sulaman ataupun draping. I would love to be able to afford luxury of creating couture. But you can do so much before raising the price astronimically. Bila kita memperkatakan tentang technicalities of construction, hanya couture yang boleh membuatkan anda memakai pakaian sedikit dramatik yang kelihatan agak berat tetapi apabila anda bergerak, anda rasa ia ringan serta seperti tidak memakai apa-apa. Ajaib bukan? Couture’s very precise cutting and shapping allows you to move freely.
Cristobal Balenciaga pada pandangan saya adalah merupakan pereka yang paling meninggalkan pengaruhnya dalam fesyen. Beliau begitu terperinci dalam aspek konstruksi reka bentuk koleksi pakaiannya serta memberikan penekanan pada streamlined shapes. He definitely moved fashion to where it is today. Rekaan Balenciaga sedikit theatrical tetapi itu yang menjadikan beliau genius. Apapun paling penting, couture perlu sesuai untuk sesiapa yang mahu memakainya. Wanita tersebut juga perlu selesa memakainya. It’s all about the attitude of the woman.
As for me, I always design clothes to be worn. Idea saya untuk berkarya datang dari pelbagai inspirasi, mungkin daripada karya seni, filem, muzik, gaya fesyen jalanan, budaya serta apa jua yang berlaku disekeliling. Fesyen sepatutnya menjadikan kita lebih ceria apabila memakainya, it should be wearable even if it is avant-garde. Jika ia tidak boleh dipakai (unwearable), ianya adalah kostum.
Dunia fesyen kini telah banyak berubah dibandingkan dengan era 70an, 80an dan 90an. We can’t really blame that on fashion since the world has also change sociologically too. Untuk berada dalam bidang rekaan fesyen, we have to appreciate the things change all the time, and need to work within those constraints.
Pada masa hadapan, couture will have to adapt to a younger audience. Kita harus akui bahawa sasaran couture selalunya untuk pelanggan yang lebih berumur, namun begitu terdapat pelanggan lebih muda yang juga menghargai hasil seni ini, tetapi malangnya tidak mampu untuk memilikinya, but that’s what is holding it back. This younger audience would appreciate couture and kick it forward for a new interpretation.
Pada saya, couture segalanya adalah berkaitan dengan customisation: the ability to get things that specifically fit for your body. Siapa yang tidak mahu busana mewah eksklusif yang dihasilkan mengikut potongan badan kita. But then again, so many people in the industry thought that to be relevant at this moment of time, couture should be adapted more for ready-to-wear. Perspektif anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya selera.

No comments: