Wednesday, September 24, 2014

Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata

Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata
a. Kucing memiliki sifat 'this is my territory' yakni di mana kawasan yang dia sudah tandakan, di situlah kawasan yang akan dia lalui setiap hari. Kawasan yang ditanda samada tempat untuk dia makan, tempat tidur, tempat bersantai, tempat bermain dan tempat membuang najis.
b. Kucing akan membuang najisnya di tempat yang sunyi. Ia akan berak di kawasan sunyi seperti sebelah/belakang peti ais, sebelah meja/sofa, sudut-sudut yang manusia tidak lalui dan tempat gelap. Kadang-kadang kucing juga berak atas pakaian dan permaidani.
c. Sekiranya kucing anda berak di tempat yang tidak sepatutnya, buang najis tersebut dan cuci tempat yang kotor dengan sabun dan air bersih sehingga hilang bau dan warnanya. Selepas itu, ambil cuka dan
semburkan cuka tersebut di tempat yang sudah dibersihkan.
d. Kemudian, belai kucing anda dan bermain dengannya. Ia bertujuan agar tahap angin dalam badan anda menurun gara-gara terhidu bau najis yang 'wangi'.
e. Sekiranya anda ingin kucing tadi berak di bilik mandi, calitkan sedikit pada tepi mangkuk tandas or lantai tandas. Pastikan tempat itu tidak ada orang ramai. Perhatikan jika kucing hendak membuang lagi, bawa kucing itu ke tempat yang sudah dicalitkan sambil sapu-sapu belakang atas bontot kucing di sebelah ekor
f. Jika anda menggunakan “litterbox” pula, pastikan ia diletak di kawasan yang tersorok dan letak najisnya dalam litterbox tersebut dan alaskan dengan carpet, kain atau surat khabar lama. Ia bertujuan agar kawasan itu tidak kotor. Sebab, kucing anda akan kais-kais 'tanah tiruan' dalam “litterbox” tersebut.

No comments: