Lihat keadaan sekeliling dan berfikirlah sejenak..kiamat semakin dekat...Marilah kita sama-sama bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredhai allah.Sesungguhnya Dia yang maha berkuasa.
KEMARAU : Ujian Atau Bala Dari Allah?
Sejak kebelakangan ini matahari semakin galak memancar sinarnya. Maka mulalah tanah merekah, sungai mengering, dan kita seolah-olah berada di padang pasir. Kita sekarang mencari-cari dimanakah air. Kerongkong kini berasa kering yang menuntut air melaluinya. Apakah maksud kepada semua ini?
Kemarau..begitulah makna yang sesuai untuk situasi ini. Kemarau adalah satu bala yang didatangkan oleh Allah kepada manusia tidak beriman kepadanya dan juga satu ujian kepada hambanya yang mukmin. Orang yang mengeluh dengan Allah maka mereka telah terputus dari rahmat Allah. Di zaman Nabi Yusuf, Allah telah mengirimkan satu kemarau yang panjang iaitu selama tujuh tahun kepada umat Mesir ketika itu sebagai membuktikan kesahihan mimpi nabi Yusuf (As).
Begitu juga, Allah Taala telah menurunkan bala kemarau kepada Firaun kerana tidak mengikut nabi Musa malah menentang dan menzaliminya. Akibatnya Allah telah menurunkan bencana ini keatasnya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf ayat 130.
130. dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
130. dan Sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya Dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
Ramai orang tidak menyedari hakikat ini dan masih tidak taat kepada perintah Allah Taala, malah mengeluh kerana Allah membebankan diri mereka kerana mendatangkan kemarau. Sedarilah, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan berdoalah kepada Allah agar memberi kita ketabahan agar dapat menempuhi setiap dugaan yang dikurniakan olehNya. ada hadis nabi mengatakan bahawa bala kemarau panjang adalah hasil dari tidak membayar zakat.
Namun allah tidak akan menurunkan sesuatu bala atau bencana itu tanpa sebab. antara sebab sebab bala itu turun kerana terlalu banyak berlaku maksiat, harta tidak dizakatkan, mengurangkan sukatan/ukuran dalam urusan harian, berlaku kezaliman dan banyak lagi.
Disaat akhir zaman ini, kemarau menandakan bahawa kiamat tidak akan lama lagi menemui kita kerana kemarau merupakan salah satu tanda-tanda kiamat yang kecil. Kemarau merupakan satu amaran Allah kepada kita dan juga peringatan Allah iaitu janji Allah mengenai kiamat bukanlah satu pemberitaan yang palsu. Kita harus sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal lama kerana ianya akan musnah sebagaimana musnahnya manusia, binatang, pokok-pokok, dan sebagainya. Justeru, haruslah kita mengambil peringatan ini sebagai langkah untuk kita meningkatkan amat ibadat kita kepada Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dari golongan orang yang mendapat petunjuk dari Allah.
No comments:
Post a Comment