Monday, March 17, 2014

Kesan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia



Kesan Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

tranungkite.net

 Tidur memang menyeronokkan setelah penat seharian, tidur adalah jawapannya. Selepas tidur badan kita akan rasa lebih segar. Namun tidur ada hadnya, tidur untuk orang dewasa adalah tidak lebih dari 8 jam. Tahukah anda tidur berlebihan boleh memudaratkan tubuh kita, ynang paling senang dapat rasa seperti Yanz kalau terlebih tidur badan akan terasa sakit-sakit serta kepala akan pening.

Memang benar, seperti yang Yanz nyatakan di atas tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit. Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya terdapat juga keburukannya jika kita terlebih tidur.
Apa yang menyebabkan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
 
  1. Penyebab Terlebih Tidur Pertama – Sleep apnea : jenis gangguan tidur di mana orang berhenti bernafas seketika ketika tidur yang membuatkan penghidapnya merasa tidak cukup tidur dan akan tidur lebih lama kerana tidurnya tidak berkualiti. Pengidap akan merasa letih dan tidak segar walaupun sudah tidur lebih dari 10 jam. Gangguan pernafasan terjadi kerana dinding kerongkong berhenti beroperasi ketika penghidap sedang tidur. Akibatnya, aliran udara di dalam tubuh terhenti sehingga penghidap terkejut dan bernafas semula.
  2. Penyebab Terlebih Tidur Ke-2 - Narcolepsy : masalah neurologis juga penyebab tidur berlebihan. Narcolepsy memengaruhi bahagian otak yang mengawal tidur. Penghidap narcolepsy ini gagal untuk menetapkan dimana dan bila waktu sesuai untuk tidur. Oleh itu dia akan tertidur dimana shaja dan bila-bila msa sahaja
  3. Penyebab Terlebih Tidur Pertama ke-3 - Stres dan Tekanan : Kedua-dua perkara ini memang mengganggu jiwa, pemikiran dan mental penghidapnya, sehingga terganggunya tidurnya dan salah satu terjadi oversleeping.
  4. Penyebab Terlebih Tidur Pertama - Keletihan : Keletihan akibat terlalu kuat bekerja, gangguan waktu tidur, hamil atau kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab utama oversleeping ini. Jika seseorang itu terlalu letih, dia tentu akan memutuskan akan tidur lebih lama, malah kadang-kadang lebih 9 jam. Ini kerana kononnya lebih tidur badan akan segar kembali.
Apakah kesan dari masalah terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
  1. Kesan terlebih tidur Pertama – Diabetes : Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.
  2. Kesan terlebih tidur ke-2 - Penyakit jantung : Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
  3. Kesan terlebih tidur ke-3 - Cepat lupa : Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.
  4. Kesan terlebih tidur ke-4 - Kemurungan : Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.
  5. Kesan terlebih tidur ke-5 - Sakit belakang : Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.
  6. Kesan terlebih tidur ke-6 - Obesiti : Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.
  7. Kesan terlebih tidur ke-7 - Kematian : Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.
  8. Kesan terlebih tidur ke-8 - Menjadi kurang menarik : Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
Apakah Tips mengatasi Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
 
  1. Pilih nada dering atau suara jam tidur yang tepat. Memilih suara yang tepat penting bermaksud supaya apabila anda bangun anda akan sedar dan lebih segar
  2. Jangan suga mengamalkan tidur-tidur ayam atau curi-curi tidur. Pilih lah masa sesuai untuk tidur, biar sebentar tetapi berkualiti.
  3. Jadualkan waktu tidur anda. Amalkan tidur pada setiap masa yang sama setiap hari. Oleh itu tubuh akan dapat diprogramkan bila waktu rehat dan waktu bekerja.
  4. Jika terpaksa menghadiri aktiviti pada waktu malam, sila atur semula jadual tidur anda supaya tidak mengganggu tugas anda ke esokkan harinya.
  5. Berjumpalah doktor yang di iktiraf dan berbincanglah masalah anda ini.
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh namun apa sahaja di dalam dunia ini haruslah besederhana. Perkara ini juga ada ditekankan didalam agama suci kita agama Islam supaya besederhana dalam segala hal. Di sini ingin juga Yanz kongsikan rangkaian product dari shaklee yang juga dapat membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. Oleh itu ke esokan harinya anda akan lebih segar dan berkeyakinan menjalankan tugas seharian.

No comments: