Thursday, January 16, 2014

RESEPI SOS THAI TIGA RASA oleh mamak haji

RESEPI SOS THAI TIGA RASA:
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- 40gm cili merah (20 tangkai cili api dan 3 tangkai cili merah*) di hiris halus.
- 40gm bawang putih (10 ulas) yang telah kupas dan hiris halus.
- 40gm bawang labu besar merah (dalam 2 biji) dihiris halus.
- 20gm batang ketumbar (1/2 cawan) dihiris halus.
- 150gm gula Melaka dicincang ( 1 cawan).
- 70gm gula perang. brown sugar(1/3 cawan).
- 1/2 cawan air.
- 1/3 cawan sos ikan (2.5 oz).
- 1/3 cawan jus asam jawa pekat (2.5 oz).
- 2 sudu besar minyak masak.
-
CARA PENYEDIAAN:
1. Dalam kuali , goreng dengan minyak bawang putih, batang ketumbar dan cili sehingga bau naik. Gunakan api yang rendah.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang di sebut dalam kuali. Bawa kepada mendidih dan rendahkan api dapur kepada reneh adunan tadi.
3. Jadikan sos kepada 1 1/2 cawan dan tutup api dapur - bila sejuk sos anda akan jadi pekat.
4. Simpan dalam balang kaca di peti sejuk anda.
5. Bila goreng ikan tuangkan saja sos ini di atas..dan hiaskan apa saja anda inginkan seperti nenas, timun atau pun lada bengala

No comments: