Thursday, January 16, 2014

TIP-TIP MENYEDIAKAN SUP YANG TERBAIK oleh mamak haji

TIP-TIP MENYEDIAKAN SUP YANG TERBAIK:
1. Apa dia yang dikatakan Collagen?. Collagen adalah protin yang keras. Ia terbina dari tiga molikul yang berasingan dalam rantaian asid amino yang berpintal satu sama lain seperti tali. Kepintalan kuat ini sukar untuk dipecahkan dan menjadi keras. Sekiranya banyak collagen dalam daging, maka daging itu menjadi keras. Biasanya collagen ini di urat daging di sambungan tulang atau digelar, "tendon" untuk pergerakan sesuatu bahgian tubuh. Collagen larut dalam air dan membentuk, " Gelatin", sekiranya dipanaskan lama menggunakan cara kepanasan yang lembut (moist heat). Maka cara terbaik untuk melarutkan collagen ialah dengan cara memasak "reneh" atau "braising". Bahagian haiwan sembelihan yang banyak mengandungi collagen ialah dibahagian kaki dan leher. Ikan juga punyai tisu yang bersambung di gelar myocammata yang mengandungi collagen lembut. Maka ikan tidak perlu sangat masak lama untuk menghasilkan collagen ini.

TIP-TIP MENYEDIAKAN SUP YANG TERBAIK :2
2. Kaki dan leher ayam dikatakan punyai nilai collagen yang tinggi. bila tinggi collagen maka tinggi juga Gelatin. Dengan itu bila masak sup ayam jangan lupa masukkan kaki dan leher ayam.
3. Keadaan asid boleh membantu untuk percepatkan proses collagen kepada gelatin, dengan itu gunakan tomato atau pun jus limau atau jus asam jawa dalam masak daging. masakan sup boleh gunakan tomato.
4. Gunakan air ais untuk sup untuk menyediakan sup, protin yang terdapat dalam daging seperti Albumin cuma boleh larut dalam air yang sejuk. Albumin akan keruhkan sup anda. Untuk dapatkan sup yang jernih gunakan air sejuk dan juga air tapis (filtered water).
5. Sekiranya buat sup tulang lembu yang ada daging sedikit, rebus tulang dengan apai yang keras dan buang air rebusan awal.
6. sekiranya nak sedap lagi sup tulang lembu atau kambing, masukkan tulang ke dalam oven pada suhu 200 darjah C selama 45 minit.
7. Sup ayam sediakan perlu selama 6-24 jam dan sup tulang 12 -50 jam (dua hari tu)..perlu untuk tarik keluar gelatin untuk memekatkan sup anda. Jadi sup mamak sedap, pekat likat dengan cara recycle sup itu memang betul kan?..
8. Sup tulang yang mengandungi collagen ini amat terbaik untuk sakit sendi, lemah lutut dan juga untuk wanita menjaga awet muda, dan sangat baik untuk yang selalu mengadu gasterik. Kerana Lecithin akan selaputkan dinding perut anda dari tindakan asid dalam perut.

No comments: