Di dapur kita mempunyai perubatan semula jadi yang kita tak ambil pot..tetapi ia sangat mujarab untuk:
1. Menghilangkan "cramp kaki atau "kejang otot kaki" dengan Jus Tomato.
Ramai di antara kita menghadapi cramp kaki yang sangat menyakitkan. Apa puncanya?. Punca sebenar ialah kekurangan, "pottasium" yang mana garam galian ini disingkirkan melalui sistem diuretik atau dalam bahasa senang faham, sistem pembuangan air kencing yang disebabkan seringkali mengambil minuman berkafein, kerja yang berat atau latihan senaman yang banyak mengeluarkan peluh atau berdiri lama semasa masak. Biji kopi banyak mengandungi kafein. Dengan itu kurangkan minum nescafe gantikan dengan minum segelas jus tomato yang kaya dengan pottasium setiap hari akan melegakan cramp kaki ini dalam masa tempuh 10 hari kata pakar kajian dari UCLA.
2. Menghilangkan Sakit Endometrial atau senggugut dengan mengambil secawan 'oat' setiap pagi dari makan roti atau sarapan yang banyak mengandungi lemak.
Oleh kerana ramai sahabat mamak haji ini dari golongan wanita , ingin terangkan sedikit tentang penyakit ini. Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit luar biasa. Semakin ramai wanita yang menghadapi sekarang. Masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran berulang kali. Ini disebabkan oleh satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini akan luruh bersama-sama darah haid. Tisu yang berkecai ini dengan darah haid berserta kuman-kuman bakteria akan menyebabkan kesakitan yang amat ditanggung. Kesakitannya di bawah perut dan pinggang biasanya sebelum atau selepas datangnya haid. Keadaan ini adalah luar biasa. Mengambil setiap hari secawan oat sewaktu pagi selama 6 bulan akan melegakan 60 peratus dari sakit yang dialami . Ini disebabkan oat tidak punyai gluten, protin yang merangsang horman kesakitan.
3. Hilangkan sakit sendi yang kronic dengan kunyit.
Kunyit sebenarnya boleh hilangkan sakit, tiga kali dari pain killer parcentamol (panadol), ibuprofen atau naproxen. Kunyit juga boleh meredakan 50 peratus kesakitan penyakit kronik esperti sakit sendi. Kunyit dapat mengatasi sakit kronik ini disebabkan bahan aktif dalam kunyit digelar," Curcumin" yang secara semula jadi menghalang enzim cyclooxygenase 2 (COX1 dan COX 2) yang menghasilkan horman kesakitan dalam sistem saraf. Kajian tentang cyclo-oxygenase adalah kajian terbaru.
4. Hilangkan sakit otot dengan halia:
Halia mengandungi bahan sebatian yang dipanggil "gingerols" , di mana boleh menghalang penghasilan horman yang merangsangkan "sakit". Gunakan dalam 1 sudu kecil serbuk halia atau 2 sudu kecil halia cincang sebagai minuman sebelum tidur, sekiranya anda sering mengalami kesakitan otot.
5. Menghilangkan sakit telingga dengan bawang putih.
Melegakan sakit telingga untuk cepat, titiskan 2 titis minyak bawang putih ke dalam telingga yang sakit dua kali sehari selama lima hari. Ia bukan saja menghilangkan sakit yang serta-merta tapi boleh hindarkan infeksi cepat dari ubatan kimia yang biasa. Saintis mengatakan bahan aktif dalam bawang putih "germasium" dan selenium dan sebatian belerang (sulfur) secara semula jadi adalah pembunuh kepada banyak jenis bakteria yang menyebabkan sakit. Minyak bawang putih mudah disediakan dengan 3 ulas bawang putih yang diketuk (crash) dan dimasukan dalam minyak masak (kalau minyak zaiton lagi elok) dan dipanaskan sederhana. Biasanya masukkan cawan yang punyai bawang putih dengan minyak ini yang ditutup dan dipanaskan dalam bekas yang lebih besar dari cawan yang punyai air panas mendidih selama 2-3 minit. Tapis dan simpan minyak ini untuk masakkan (tempuhnya kurang dari 2 minggu). Bila ingin titiskan ke dalam telingga minyak ini perlu disuamkan (suam-suam kuku) sebelum titiskan di telingga.
No comments:
Post a Comment