RESEPI PES HALIA BAWANG PUTIH:
Boleh dikatakan semua masakan dari nasi sehinggalah masakan ayam atau ikan gunakan pes ini. Tanpa pes ini tak adalah rasa kari mamak ori. hahahaha!.
CARA PENYEDIAAN:
1. Halia dibuang kulit (gunakan sudu) kalau gunakan pisau kopek buah memang baik tapi membazir kalau kuantiti banyak. Cincang kasar (chopped) - 1 cawan (cup).
2. Bawang putih kopek kulit (kalau rendam dlm selama 1 jam senang kopek). Kalau nak cepat..ulas bawang putih itu ketuk saja kalau jumlah sedikit dan cincang kasar - 1 cawan. OK ingat nisbahnya adalah 1:1..baik ia banyak mana pun tapi untuk permulaan buat untuk satu botol jem dulu.
3. Serbuk kunyit 1/4 sudu kecil. (untuk complexion warna saja kalau tak pakai pun tak apa).
4. Minyak masak 3/4 sudu. (untuk tidak basi dan boleh uga masukkan sedikit garam untuk tujuan sama).
5. Kisar halia dulu dan diikuti dengan bawang putih. Kisar halus dengan serbuk kunyit, garam dan minyak.
6. Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di peti sejuk. Ia boleh digunakan selama sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya gunakan cara baik. Ini boleh buat business kecil -kecilan ini hahaha!. Kalau anak masak lauk nak cepat tumbuk dengan batu lesong lagi OK...Pes ini sebenarnya ada dijual di kedai-kedai Mamak jual rempah....baik buat sendiri bagus.!!!hehehe. Harap dapat buat..simple and easy.
NOTA: Semasa kisaran atau menggunakan pes tersedia ini, jangan sekali gunakan tangan. Gunakan sudu yang bersih.
No comments:
Post a Comment