Sunday, December 8, 2013

Petua Untuk Sakit Kencing, Gatal-Gatal dan Keputihan

Petua Untuk Sakit Kencing, Gatal-Gatal dan Keputihan

1. Sakit kencing ialah sakit yang dialami oleh seseorang semasa membuang air kecil. Penyakit ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja.

2. Penyakit gatal-gatal dan keputihan pula adalah penyakit yang sering terjadi kepada wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum. Keputihan juga sering kali disebut sebagai darah putih. Keputihan ialah lendir-lendir berwarna putih yang keluar dari rahim. Pesakit yang mengalaminya akan berkeadaan letih dan kurang bertenaga. Penyakit ini bertambah banyak apabila seseorang itu berada kerunsingan atau sedang menghadapi sesuatu maslah. Penyakit ini amat berbahaya sekiranya dibiarkan berlarutan.

a. Penyakit ini dapat diubati dengan mengambil 7 helai daun sirih kerakap , 3 pucuk daun selasih dan seketul ibu kunyit . Bahan –bahan ini ditumbuk dan diperah airnya . Kunyit boleh ditambah lagi sekiranya air perahan belum cukup seruas jari manis. Perahan ini dicampur dengan sebiji garam jantan dan dimendapkan terlebih dahulu sebelum diminum tiap-tiap pagi dan malam.

b. Amalkan 3 hari berturut-turut. Sebelum minum, anda perlu baca surah al Fatihah dan selawat 3 kali. Anda dilarang makan makanan yang terlalu berminyak dan gatal seperti udang, ikan kembung dan lain-lain serta makan makanan sejuk seperti betik dan labu.

No comments: