Thursday, December 12, 2013

Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan dan Kebebalan Diri



Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan dan Kebebalan Diri

a. Solat tengah malam terutamanya Tahajjud berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap. Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersolat malam dimuliakan dengan banyak perkara. Antaranya, lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan manusia, Lidahnya bertutur dengan kata-kata hikmah dan dia dijadikan seorang yang bijaksana. Iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

b. Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya, lahirlah buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya kebijaksanaan dari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

No comments: