Rindu nak cerita juga pasal seorang kawan yang banyak saya belajar darinya. Walaupun dia bekas penagih dadah. Dan pelbagai kejahatan dia buat. Satu hari bila dia taubat. Waktu malam dia menangis dalam sebuah bilik yang kami kurung dia sehingga dia sihat dari ketagihan dadah.
Dia tidak pernah berhenti berdakwah. Dia hanya diam waktu tidur. Seronok sangat dia suka cakap pasal Nabi saw dan sahabah, dan segala kebesaran Allah. Bila bangun tidur tengah malam jika dia jumpa orang muda disekitar masjid juga dia akan dakwah.
Dia benar-benar bertaubat. Sehingga bila mak ayahnya sakit. Dia balik kampung jaga mak ayahnya. Mak ayahnya halau dan marah dia. Tapi dia, bila mak dia kata bodoh kau ni. Dia kata, ya mak betul saya bodoh. Segala makian dia iyerkan. Dia buat sehingga maknya letih nak makinya. Akhirnya mak dia sangat sayang pada dia. Dulu dai paling baran, tapi bila dia mengenal Allah. Dia tidak peduli lagi orang kata apa, sebab dia sedar memang kita hina dan tiada apa-apa.
Waktu malam dia selalu menangis dan saya tidak pernah lihat orang yang lebih merendahkan diri di depan Allah lebih darinya. Dia doa Ya Allah kau kutip saya dari lubang najis, saya najis yang busuk dan kotor. Bahkan lebih busuk dan kotor dari semua najis. Ya Allah terima kasih ambil aku yang kotor ini dan jadikan aku khadam pada orang yang berbuat baik.
Dia khidmat pada mak ayahnya macam hamba. Dia seronok dan senyum dan tidak langsung mengeluh. Mak dia nak apa-apa ,dia berlari dapatkan. Dia betul2 buat saya belajar pasal anak soleh.
Dia baca Quran tak sedap, tapi asyik menangis sepanjang baca Al-Quran. Bukan dia, kalau tak menangis baca AL-Quran.
Sehingga dia khidmat mak ayahnya macam raja sehingga keduanya meninggal.
Satu hari saya dapat berita kawan yang saya sayang itu meninggal dunia dalam keadaan sangat baik dan khidmat masjid.
Saya rindu nak dengar nasihatnya. Orang seperti ini boleh khidmat mak ayahnya. Bagaimana kita yang belajar tinggi2, penceramah agama, Daie Allah, hidup di bandar-bandar. Jangan sombong. Jangan lupa diri. Jangan lupa doakan mak ayah kita.
Di akhirat seorang anak akan diminta baca Al-Quran di atas mimbar, setiap ayat dia baca, mak ayah dia akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah ayat terakhir yang kita baca. Janganlah lupa banyak baca Al-Quran. Untung mak ayah yang anak rajin baca AL-Quran. Malangnya mereka yang anak sudah lupa baca Al-Quran sebab hanyut dengan dunia-
oleh ustaz ebit liew
No comments:
Post a Comment