Friday, October 4, 2013

Ayat 33-baca dan amalkan..kerana allah..

Sekadar berkongsi amalan yang kami terima daripada Sahibus Samahah Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin Sheikh Haji Ahmad, Mantan Mufti Besar Negeri Sembilan. Semoga ada manfaat dan keberkatannya buat diri saya dan keluarga. Amin.

Menurut beliau, ada seorang pesakit kanser peringkat 3 dinasihatkan mengamalkan Ayat 33 bersama dengan ayat "wa iza maridhtu fahuwa yashfin" (Surah As-Syu'ara:80). Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selepas beramal lebih kurang sebulan, pesakit tersebut telah membuat pemeriksaan lanjut dengan pihak hospital dan doktor mengesahkan pesakit tersebut tiada langsung bekas/kesan kanser/barah tersebut seolah2 tidak pernah menghidapnya.

Selain itu, menurut beliau juga, ada seorang ahli perniagaan Malaysia yang meminta pertolongan akibat barang2 dagangannya yang bernilai2 berjuta-juta ringgit ditahan kastam / pihak berkuasa negara di mana dia berdagang. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, setelah dibacakan dan diamalkan ayat 33 ini dengan tidak beberapa lama, barang2 dagangan yang ditahan itu telah dilepaskan.

Seorang lagi ahli perniagaan juga ada berkongsi pengalaman beliau di mana beliau ada menjalankan rundingan selama berbulan2 (setahun lebih) yang berkesudahan dengan kegagalan demi kegagalan. Selepas beramal dengan ayat 33 ini, dalam masa tidak sampai pun dalam beberapa bulan kemudiannya, rundingan tersebut telah berjaya dan beliau telah meraih keuntungan yang besar. Dalam ertikata lain, ayat 33 ini juga sangat baik diamalkan untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki yang besar.

Apa itu ayat 33?

Menurut Almarhum Sahibus Samahah Sheikh Ahmad Bin Sheikh Haji Mohd Sa'id (Mantan Mufti Besar Pertama Negeri Sembilan) dalam Kitab Tuhfatul Auton Wal Ikhwan, ayat 33 adalah himpunan ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:
01. Al-Fatihah (1-7), 02. Al-Baqarah (1-5), 03. Al-Baqarah (163-164), 04. Al-Baqarah (255-257), 05. Al-Baqarah (284-286), 06. Al-A'raf (54-56), 07. Al-Israk (110-111), 08. As-Saffat (1-11), 09. Ar-Rahman (33-35), 10. Al-Hasyr (21-24), 11. Al-Jinn (1-4)

Antara fadhilatnya ialah melindungi, mengelakkan atau memulihkan daripada sihir, gangguan syaitan, kecurian, bahaya dan penyakit-penyakit kronik seperti kusta, gila, sopak, stroke, kanser dsb.

Ia juga bergua untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki yang besar.

Kaedahnya, dibaca sekurang2nya dua kali sehari - sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah petang/malam. Diperbanyakkan sekiranya masalah atau sakit itu berat.

Niatkan membacanya kerana Allah sama ada untuk pengubatan penyakit atau penyelesasian masalah yang sedang anda hadapi atau untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki yang besar.

Untuk pengubatan, sila baca ayat surah As-Syua'ara (80) selepasnya seperti dinyatakan terdahulu.

Adapun hasilnya, selain keikhlasan, kesungguhan dan istiqomah dalam amalan membacanya, terpulanglah dan terserahlah kepada Allah SWT menentukan.

Kepada sentiasa berasa berat untuk beribadat dan beramal, amalkan memperbanyakkan istighfar dan membaca doa zikir yang diajarkan Nabi Muhammad SAW ini setiap selepas solat:

اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepadaMu. Amin.

Allahu wa Rasuluhu a'lam.

Akhukum fil Islam,
Al-Faqir Abu Fahim Wa 'Aliya.


Nota:

(1) Ayat 33 ini juga terdapat dalam Kitab Surah Yasin (serta rampaian doa dan amalan) (2006) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan diindors oleh jabatan tersebut.

(2) Ayat 33 ini terdapat dalam aplikasi android iaitu Kitab Ayat-ayat Amalan di Google Play Market -http://goo.gl/VnToA

(3) Untuk muatturun dalam format PDF, boleh di dapati di sini: https://docs.google.com/file/d/1LZzmzNMc31Nten8s5oUSha0ZTo5V-4As5VCCUrddH2F-Z5ZDJ56DANHYGuQk/edit?usp=sharing

(4) Video ini ialah untuk sebaran percuma kepada semua. Pembaca tidak perlu meminta keizinan untuk menyebarkannya. Anda juga boleh menggunakan tag jika mahu.

(5) Bacaan dalam video ini ialah bacaan Imam Husary sekadar panduan untuk mereka yang tidak mahir lagi membaca Al-Quran. Bagi yang sudah mahir, asalkan menepati hukum tajwid, bolehlah mengikut kaedah bacaan masing2.

No comments: